Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita

Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini dan Astro Awani atas dakwaan palsu kononnya parti memberi kata dua kepada Perdana Menteri Ismail Sabri ketika mesyuarat biro politik diadakan.

“Saya berada dalam Mesyuarat Biro Politik Umno dari awal hingga akhir. Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini sama ada PM didesak untuk membubarkan Parlimen atau dipecat adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencipta persepsi negatif terhadap Umno.

“Begitu juga kepada Awani yang turut membuat berita fitnah tempoh hari kononnya Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian Umno ada mendesak untuk PM campur tangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan SRC,” katanya di Facebook.

Asyraf menjelaskan, biro politik terdiri daripada presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua sayap, setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan ketua Umno negeri.

Beliau turut berkata, kedua-dua pelaporan berita fitnah tersebut langsung tidak bertanggungjawab dan beretika.

“Mereka seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif.

“Saya telah menghubungi presiden dan berbincang dengan peguam Umno untuk memulakan tindakan saman ke atas Malaysiakini dan Awani hari ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin Umno dilaporkan telah memberi kata dua kepada Ismail untuk memenuhi beberapa tuntutan atau beliau akan dipecat sebagai naib presiden parti.

Ini berikutan laporan yang memetik sumber sebagai berkata, Ismail telah diberitahu untuk memecat Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk Najib Razak dan menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15). FMT

Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker