Russia ancam perang nuklear terhadap Barat
MOSCOW – Russia mengeluarkan amaran perang nuklear terhadap Barat dan berikrar untuk mempersiapkan pusat perlindungan bom nuklear susulan insiden pembunuhan anak perempuan sekutu rapat Presiden Vladimir Putin pada Ahad lalu, lapor akhbar The Sun.
Timbalan Duma (Parlimen) yang juga bekas timbalan Komander daerah tentera selatan Russia, Andrey Gurulyov mengeluarkan ancaman tersebut selepas letupan bom memusnahkan kenderaan pacuan empat roda kereta dipandu oleh mangsa, Darya Dugina.
“Kita kini berperang dengan Amerika Syarikat dan Britain. Sekiranya askar Britain berada di wilayah Ukraine, peperangan ini tidak akan terhad di Ukraine.
“Ia sebaliknya akan berlaku di segenap penjuru merangkumi angkasa lepas, udara, laut dan darat termasuk di wilayah Britain serta Russia,” katanya.
Bagaimanapun, Gurulyov mengaku terdapat kekurangan dari segi kesiapsiagaan Moscow lantas mendesak supaya langkah segera diambil untuk memperkukuh pertahanan awam kubu perlindungan bom.
“Tidak lama lagi, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan ditempatkan di mana-mana sahaja. Kita perlu bersiap sedia hari ini untuk melindungi populasi serta industri Russia,” ujarnya.
Gurulyov selain itu turut menggesa agar doktrin nuklear Russia dirombak serta percaya bahawa ‘era keamanan’ telah sampai ke penghujungnya.
“Senjata nuklear boleh digunakan sekiranya perlu. Tempoh keamanan telah tiba ke penghujungnya. Ia telah berakhir,” tegas Gurulyov.
Sementara itu, Olga Skabeeva yang merupakan pengacara rancangan televisyen tempatan, 60 Minutes turut menuduh Barat dan Ukraine sebagai ‘menyalakan api’ perang nuklear.
“Ukraine bersama-sama pengendalinya (Barat) bersiap sedia dengan keganasan nuklear serta perang terhadap Russia.
“Perkhidmatan risikan Ukraine dan Barat cuba melakukan keganasan ke atas rakyat Russia, namun mereka gagal,” ujarnya.
Dalam pada itu, pakar ketenteraan, Igor Korotchenko menuduh Britain menjadi sebahagian daripada perancang komplot pembunuhan Dugina.
“Serangan pengganas yang membunuh Dugina merupakan operasi ketenteraan bersama oleh tiga perkhidmatan khas dari Ukraine, Estonia dan Britain,” katanya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.