Pemimpin Bersatu bidas Hadi nafi realiti rasuah
Pemimpin Bersatu bidas Hadi nafi realiti rasuah
Seorang pemimpin kanan Bersatu membidas Abdul Hadi Awang sebagai membelakangkan realiti apabila menuduh kelompok bukan Islam dan Bumiputera sebagai perosak politik dan ekonomi negara.
Ketua sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full menyelar presiden PAS itu kerana menindakkan hakikat ramai yang didakwanya bersabit kes rasuah adalah kaum Melayu.
“”Kita boleh tengok sendiri, pemimpin yang naik turun mahkamah yang ada kes rasuah itu (rata-rata) Bumiputera. Dia tak boleh kata kita rosakkan politik dan ekonomi negara.
“(Walaupun bersama Perikatan Nasional) sebagai seorang pemimpin bukan Bumiputera saya berhak untuk tidak bersetuju,” katanya kepada FMT.
Sayap Bersekutu dianggotai oleh ahli bukan Islam dalam Bersatu dan antara lain diberi amanah untuk menarik sokongan bukan Melayu untuk Bersatu dan PN.
Chong berkata kenyataan Hadi itu menyukarkan misi sayap itu.
Ini kerana, jelasnya, kenyataan Hadi itu boleh ditafsirkan sebagai cubaan menggambarkan sayap itu sendiri sebagai ‘perosak’ dalam Bersatu.
“Beliau (Hadi) cakap macam itu (seolah-olah) bermakna sayap ini (Bersekutu) merosakkan Bersatu,” katanya.
PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Kecuali Bersatu serta PAS, tiga parti dalam komponen itu mewakili masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.
Mengulas lanjut, Chong yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pemanis menegaskan walaupun Hadi adalah pemimpin utama PN, kenyataan beliau bukan mewakili gabungan berkenaan.
“Kenyataan Hadi tidak boleh mewakili PN, sebab kita bukan macam itu dan ada pelbagai bangsa. Kita (Bersekutu) tidak boleh terima, STAR dan Gerakan pun saya rasa tolak,” katanya.
Semalam, Ketua Pemuda Star Kong Soon Choi menggesa Hadi meminta maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini khususnya masyarakat bukan Islam bagi “menyejukkan” keadaan tegang ekoran polemik yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Marang itu.
Dalam pada itu, Chong menyifatkan kenyataan ekstrem Hadi itu hanya menyukarkan usaha mereka “membawa” undi masyarakat bukan Islam dan Bumiputera kepada PN.
“Siapa yang hendak rasuah? Kenyataan Tok Guru itu akan tambah bebanan kerja yang telah kita lakukan untuk tarik pengundi bukan Bumiputera.
“Tok Guru satu geng (kumpulan) dengan PN, jadi kita kena berusaha kuat jelaskan pandangannya (bukan mewakili PN),” tegasnya.
Chong berkata, Duta Khas ke Timur Tengah itu juga seharusnya lebih adil dalam mengeluarkan kenyataan dengan menyertakan fakta bukan hanya menembak secara rambang yang ‘kesannya’ turut terkena ahli politik Islam dan Bumiputera.
“Beliau sendiri mengecilkan peranan Bumiputera yang mana kita semua perlu terima bahawa kelompok ini yang mendominasi politik Malaysia, secara tidak langsung beliau kata semuanya (masyarakat Bumiputera) ini tidak guna.
“Kalau saya pemimpin Bumiputera saya pasti marah dan seolah-olah kami tidak berguna,” kata Chong yang turut menyifatkan kenyataan Hadi sebagai tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, jurucakap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat ketika dihubungi takut untuk mengulas lanjut mengenai kenyataan bos mereka.
“Tak manis, sebab itu presiden. Sorry (maaf) ya, nanti saya ada masalah,” katanya. FMT
Pemimpin Bersatu bidas Hadi nafi realiti rasuah
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.