Kenyataan Puad mengenai ‘poster boy’ bukan pendirian parti
Kenyataan Puad mengenai ‘poster boy’ bukan pendirian parti
Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan kenyataan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, bahawa parti itu tidak memerlukan ‘poster boy’ untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang sebagai tidak wajar dan tidak menggambarkan pendirian parti.
Mohd Puad, yang juga Speaker DUN Johor, menerusi satu hantaran di Facebook, semalam berkata ‘poster boy’ tidak lagi relevan dan boleh menjadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.
Mohd Puad mengeluarkan kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Di SELANGOR, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri, berkata sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu seharusnya tidak mendahului perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti serta MKT UMNO.
Abd Rahman berkata UMNO sebelum ini telah memutuskan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ serta calon Perdana Menteri dan perkara menggantikan ‘poster boy’ itu tidak perlu dibangkitkan kerana ia adalah keputusan parti.
“Kita orang setia dan sayangkan parti. Parti sebelum ini sudah putuskan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri. Itu keputusan sebelum ini. Apa benda nak bercakap tunggu keputusan daripada ‘top five’, biro politik dan MKT. Ia bukan keputusan individu atau bahagian,” katanya.
Senada dengan beliau adalah Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, yang berkata keputusan meletakkan ‘poster boy’ dan Perdana Menteri telah diputuskan oleh parti dan seharusnya ahli perlu menghormatinya.
“Sesiapa boleh komen tapi kena hormati apa yang telah parti putuskan. Bagi saya keputusan parti lebih penting daripada keputusan individu. Individu setakat diri dia sahaja,” katanya.
Ketua UMNO Damansara, Datuk Ikhwan Salim Sujak, berkata penampilan ‘poster boy’ untuk sesebuah parti perlu ada untuk memperkenalkan siapa yang akan menerajui kerajaan sekiranya UMNO memenangi pilihan raya kelak.
Di JOHOR, Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Mohd Fuad Tukirin mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengeluarkan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara.
Beliau berkata meskipun dalam keadaan bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, ahli UMNO diingatkan tidak berbuat begitu.
“Jangan pula kita menghodohkan wajah UMNO dengan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu di KEDAH, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Annuar Ahmad, berkata pemilihan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri untuk PRU-15 telah diputuskan sebulat suara oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO Khas yang diadakan pada Mei lalu.
Justeru, katanya, sebarang keputusan untuk mengubah perkara itu perlu dibincangkan pemimpin tertinggi UMNO dan tidak sepatutnya dinyatakan secara terbuka bagi mengelakkan persepsi yang tidak elok terhadap parti.
“Tidak perlulah kita menimbulkan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah pula kepada parti atau mengeruhkan suasana,” katanya.
Di MELAKA, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman, membidas kenyataan Mohd Puad terutama di saat parti perlu bersatu dalam menghadapi pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
Beliau berkata segala cadangan boleh dikemukakan menerusi platform yang telah disediakan parti dan mana-mana individu tidak seharusnya menggunakan media dalam meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara.
“Hari Sabtu ini kita akan ada di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), kita jumpa dan lontarkan apa yang saja pandangan kita. Tapi untuk kepentingan parti, bukan individu. Namun bagi isu ‘poster boy’, bagi saya, apa yang dilontarkan dan dijanjikan… kita ikut sajalah,” katanya.
Pada Sabtu ini, UMNO akan mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menasihati mana-mana pemimpin parti untuk tidak membuat kenyataan yang boleh merenggang hubungan ahli dalam parti.
Beliau berkata MKT UMNO telah membuat keputusan pada April lalu untuk mencalonkan Perdana Menteri sebagai ‘poster boy’ untuk PRU15.
Jalaluddin berkata ia juga melambangkan sikap berjiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan Barisan Nasional (BN), lebih penting berbanding jawatan.
“Bukan isu “poster boy” yang harus kita bicarakan, sebaiknya kita perkemaskan jentera parti di setiap peringkat dalam menarik minat pengundi untuk memilih siapa sahaja wajah yang tertera di poster BN dalam PRU15 nanti,” katanya. Mk
Kenyataan Puad mengenai ‘poster boy’ bukan pendirian parti
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.