Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baru – Yana

Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baru – Yana

Datuk Seri Najib Razak kini sedang membiasakan diri dengan rutin baru di Penjara Kajang. Perkara itu dijelaskan oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa menerusi akaun Instagramnya semalam.

Dalam hantarannya itu, dia memberitahu, Najib dapat bertemu dengan barisan peguamnya di penjara. “Salam semua, saya pasti ramai yang menanti perkembangan terkini keadaan Bossku.

“Hari ini, wakil dari barisan peguam dapat bertemu dengan Daddy di Penjara Kajang. Alhamdulillah, daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy masih kuat.

“Keperluan asas daddy juga telah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baru – berbeza dengan jadual harian Bossku yang sentiasa padat,” tulis beliau menerusi akaun yananajib.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, pagi ini Najib menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Selain hari ini, Najib sekali lagi akan dibawa dari penjara ke Mahkamah Tinggi esok (hari ini) bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang.

Turut didakwa bersubahat dengan Najib bagi pertuduhan itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Menurut hantaran Nooryana lagi, dia dan keluarga dapat bertemu dengan ayahnya di mahkamah pagi ini untuk perbicaraan 1MDB.

“Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran daddy di mahkamah kerana saya dan keluarga dapat meninjau keadaan daddy walaupun dari jauh. “Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana ambil berat keadaan Daddy,” tulisnya. MG

Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baru – Yana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker