Syarikat China arah pekerja makan telur mentah sebagai hukuman tidak capai sasaran
BEIJING – Sebuah syarikat di China mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan memaksa kakitangannya makan telur mentah sebagai hukuman atas kegagalan memenuhi sasaran yang ditetapkan, lapor laman berita Oddity Central semalam
Perkara itu didedahkan seorang pelajar yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat teknologi yang beroperasi di bandar Zhengzhou.
Menurut pelajar dikenali sebagai Du itu, syarikat berkenaan mempunyai peraturan aneh di mana setiap pekerja dipaksa menelan telur mentah sekiranya tidak menerima tempahan dalam satu tempoh masa tertentu atau gagal memenuhi sasaran pengurusan.
Tambah Du, latihan industri yang dijalaninya turut ditamatkan selepas dia enggan mematuhi peraturan tersebut. Pihak pengurusan juga didakwa menyuruh dia menulis ‘sebab peribadi’ sebagai alasan menamatkan latihan.
Pendedahan Du itu mencetuskan kemarahan netizen yang disusuli sebuah rakaman video yang menunjukkan pekerja syarikat terbabit kelihatan loya selepas cuba menelan telur mentah.
Orang ramai menggelar amalan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan serta memberi amaran bahawa tindakan memakan telur mentah adalah berbahaya. Mereka juga meminta Syarikat terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, seorang wakil syarikat berkenaan berkata, hukuman memakan telur mentah telah digariskan dalam buku panduan bekerja, justeru, semua kakitangan perlu mematuhinya.
Ketika Du menyoal mengenai kesahihan peraturan tersebut dari segi undang-undang, seorang pengurus sumber manusia menjawab dengan menyoal: “Undang-undang apa yang menghalang anda daripada makan telur mentah?”
Pegawai pemeriksaan buruh daerah Jinshui dilaporkan sedang menyiasat kes itu, namun pakar-pakar perundangan berkata, mereka memerlukan testimoni selain daripada Du kerana dia merupakan pelajar yang menjalani latihan industri, dan bukannya pekerja syarikat.
Ini bermaksud, tindakan ke atasnya tidak tertakluk di bawah undang-undang buruh. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.