`Robin Hood’ India tumpas, ketua geng ditangkap

`Robin Hood’ India tumpas, ketua geng ditangkap

NEW DELHI: Polis di New Delhi menumpaskan sindiket jenayah yang melakukan aktiviti ala Robin Hood, apabila berjaya menahan ketua kumpulan penjenayah berkenaan.

Kumpulan sindiket penjenayah terdiri daripada 25 lelaki dilaporkan menyamun orang kaya dan mengagihkan sebahagian hasil itu kepada penduduk yang miskin.



Menurut polis, Wasim Akram, 27, juga dikenali sebagai Lambu bersama kumpulannya sering merompak rumah-rumah besar di kawasan mewah di New Delhi.

Jelasnya, mereka mencuri wang, barangan kemas dan memberikan sejumlah hasil rompakan itu kepada penduduk yang miskin.

“Disebabkan sifat ini, kumpulan itu mempunyai ramai pengikut di kawasan tersebut.

“Sumber ini memberikannya maklumat segera mengenai pergerakan polis agar dapat melarikan diri,” kata polis New Delhi dalam kenyataan.



Jelas kenyataan itu, Lambu sering mengubah tempat persembunyiannya di beberapa buah negeri di India bagi mengelak daripada ditahan polis.

Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menjejaki Lambu selepas 160 pertuduhan jenayah dikenakan terhadapnya termasuk rompakan, cubaan membunuh dan rogol.

Lambu akhirnya berjaya ditangkap pada Jumaat lalu selepas memburu selama empat bulan lalu.

“Pasukan diketuai oleh Inspektor Shiv Kumar ditubuhkan dan perangkap dipasang berhampiran stesen kereta api Anand Vihar yang mana Lambu ditangkap.



“Sepucuk pistol dengan tiga peluru hidup ditemukan bersamanya ketika tangkapan dibuat,” jelas kenyataan itu. Utusan

`Robin Hood’ India tumpas, ketua geng ditangkap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker