Punca Mara Digital malap
Punca Mara Digital malap
Silap strategi dan tidak banyak pilihan barang jualan antara punca Mara Digital Mall gagal bersaing dengan premis seperti Low Yat, kata seorang taikun peruncitan serta pakar ekonomi.
Pengarah Urusan rangkaian pasaraya Mydin, Ameer Ali Mydin menyifatkan strategi meletakkan tapak jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT) di tingkat atas Busana@Menara Mara menyebabkan ia tidak dapat menarik ramai pelanggan, meskipun lokasinya strategik.
“Barang jualan IT biasanya di tingkat bawah untuk memudahkan orang ramai membeli, tetapi Mara Digital Mall pula di tingkat atas yang menyukarkan pelanggan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, keadaan itu sukar menimbulkan pembelian impuls (tidak dirancang) kerana pelanggan keberatan ke tingkat atas.
Ameer juga melihat terdapat keperluan mendapatkan vendor bukan Bumiputera bagi menarik minat pelanggan kerana tempiasnya bakal turut dirasai peniaga Bumiputera.
Pakar ekonomi, Barjoyai Bardai pula menggariskan faktor tidak banyak pilihan dan peniaga tidak arif dengan barang jualan menyebabkan pusat itu sukar menarik pelanggan.
“Di situ sentiasa ada masalah bekalan dan peniaga pula kurang pakar dengan peralatan dijual, macam mana pelanggan boleh rasa yakin berurus niaga di situ?” soalnya.
Kedua-duanya senada faktor pembekal tunggal di awal penubuhan Mara Digital Mall pada 2015 antara punca kesuraman pusat itu kini.
“Masalahnya, sebelum ini, peniaga hanya boleh dapat bekalan dari seorang pembekal, ini menyukarkan peniaga di peringkat awal penubuhannya,” kata Ameer.
“Faktor monopoli pembekal mengganggu peniaga di sana, ia mewujudkan eksploitasi,” kata Barjoyai.
Mereka mencadangkan langkah pemulihan, antaranya membuka premis francais terkemuka seperti Starbucks untuk menarik pelanggan dan memperkenalkan platform dalam talian untuk pelanggan.
Penubuhan Mara Digital Mall dicetuskan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, ketika itu menjadi menteri luar bandar dan wilayah. Ia dilancarkan pada 2015 dan pernah diwujudkan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan Shah Alam, namun kini hanya dibuka di ibu kota. FMT
Punca Mara Digital malap
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen