Ismail Sabri sahkan UMNO tidak pernah mohon untuk campur tangan kes Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada…tiada,” katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana.



Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat mengenai status gerak kerja parti seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan di Perak.

“Timbalan Presiden sebut mengenai mesyuarat UMNO bahagian, persediaan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengukuhkan parti,” katanya.

Mengenai laporan desakan ketua-ketua bahagian UMNO meminta PRU15 diadakan segera, Ismail Sabri berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak hadir pada pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam.

Laporan media memetik Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai berkata majoriti ketua bahagian UMNO bersetuju supaya PRU15 diadakan secepat mungkin.



BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker