Anwar dedah punca Azam Baki dikekalkan

Anwar dedah punca Azam Baki dikekalkan

Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menukar Azam Baki mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak mahu menimbulkan persepsi ketua pesuruhjaya perlu diganti sekiranya perdana menteri bertukar.

Perdana menteri berkata, mengikut peraturan dan perundangan semasa, SPRM merupakan badan bebas yang tidak tertakluk kepada arahan perdana menteri.



“Sebab itu bila saya ambil alih (menjadi perdana menteri), saya tidak memilih untuk menukar ketua pesuruhjaya SPRM yang dilantik oleh Pagoh (Muhyiddin Yassin) untuk tidak menimbulkan persepsi bahawa seorang perdana menteri baharu akan melantik seorang ketua SPRM baru, sebab itu saya kekalkan.

“Dan peruntukan undang-undang sekarang ini menjamin kebebasan SPRM tidak tertakluk di bawah di bawah arahan perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata menjawab soalan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung cadangan meletakkan agensi itu di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri, dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat.

Azam dilantik menerajui SPRM pada 9 Mac 2020 ketika pentadbiran Muhyiddin menjadi perdana menteri, menggantikan Latheefa Koya yang memilih memendekkan perkhidmatannya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dalam Langkah Sheraton.



Anwar ketika mengulas lanjut, kerajaan tidak mempunyai masalah menimbangkan cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

“Syor menambah baik fungsi SPRM perlu dikemukakan jawatankuasa pilihan khas untuk diteliti supaya keupayaan SPRM itu dapat ditingkatkan, tidak ada kekangan dan campur tangan dibimbangi menjejaskan setiap usaha membanteras rasuah,” katanya. FMT

Anwar dedah punca Azam Baki dikekalkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara



Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker