Peserta payung terjun maut latihan di Putrajaya


Putrajaya: Seorang peserta payung terjun (BASE jumping), maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.35 petang itu, Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, ketika melakukan terjunan, mangsa dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan dan jatuh di sisi bangunan itu.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Beliau berkata, latihan Terjun Tapak (BASE jumping) 2021 ini, dikelolakan pegawai PPj dan ia membabitkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan,” katanya. HM

Video Yang Buat Ramai Terharu, Remaja ‘Jumpa’ Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia Melalui Google Maps



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker