Lelaki tahan sakit dua jam kemaluan tersangkut cincin




ALOR SETAR: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam selepas tindakan peliknya menyarung cincin pada kemaluan menyebabkan ia tersangkut dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelemat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 4.07 pagi mengenai kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota kemudian dikejarkan ke HSB untuk membantu pihak hospital.

“Anggota bomba terpaksa berhati-hati untuk memotong cincin terbabit dengan mengginakan alat pemotong besi bagi mengelak kecederaan serius pada kemaluan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Naufal berkata, cincin terbabit berjaya dikeluarkan pada jam 5.51 pagi.
Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu dikatakan panik selepas cincin itu tidak dapat dikeluarkan selepas disarung pada kemaluan.




Dia kemudian dikatakan memandu sendiri kenderaan ke HSB. Awani



Leave a Reply

Your email address will not be published.