Pas mahu cantum kolam jadi lebih besar – Pesuruhjaya Pas WP

Terkini di My KMU !!!!---->


Pihak-pihak luar disaran agar tidak menilai Pas daripada kaca mata sendiri sebaliknya, perlu melihat gerak kerja serta pemahaman yang dimiliki ahli-ahlinya.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan (BPPWP), Azhar Yahya berkata, Pas merupakan sebuah parti yang meletakkan al-Quran dan Sunnah di hadapan serta mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan.

Katanya, pihak yang melihat Pas “makan dua kolam” sebenarnya telah membuat andaian yang meleset kerana parti yang mendukung perjuangan Islam itu kini sedang mencantumkan kolam-kolam yang ada agar menjadi sebuah kolam yang lebih besar.

“Sebenarnya isu makan dua kolam ini, mereka melihat Pas berjuang macam mana orang-orang yang berjuang meletakkan akal di hadapan dan meletakkan harta di hadapan, meletakkan nafsu di hadapan.

“Mereka ukur mengikut ukuran mereka dia tak ukur ikut ukuran Pas…Pas meletkkan al-Quran dan Sunnah di hadapan, meletakkan agama di hadapan, maka kami tak makan dua kolam, kami nak cantumkan dua kolam ini untuk jadi kolam yang sangat besar,” katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pembangunan Pas Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau ditanya wartawan mengenai “cakap-cakap” oleh pihak-pihak tertentu apabila mendakwa Pas mengambil pendekatan selamat dan selesa apabila berada di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut Azhar berkata, Pas sanggup menjadi tukang korek untuk membesarkan kedua-dua kolam antara UMNO dan Bersatu yang merupakan gabungan parti yang turut disertai Pas.

Katanya, meskipun menyedari ada yang nakal di dalam kolam tersebut namun, parti itu mengambil pendekatan untuk bersabar.

“Kami sanggup jadi tukang korek di tengah-tengah itu untuk besarkan dua kolam tadi. Jadi walaupun kami penat, kami tembak sebelah menyebelah, kadang-kadang di sebelah sini ada yang nakal sebelah sini pun ada yang nakal.

“Bila dua-dua nakal tu tembak kami, tapi disebabkan kami tahu ada serangan nakal maka kena sabarlah… kehidupan kena sabar..dalam politik ini kalau tiada sabar lari dulu…maka kita kena sabar dan gabungkan dua-dua pihak ini,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis itu Azhar menerima sumbangan berjumlah RM200,000 daripada individu berbangsa Tionghua untuk digunakan sebagai pelengkap dana bagi membeli Pejabat BPPWP yang sebelum ini disewa.

Sumbangan turut diterima daripada kawasan-kawasan dan cawangan Pas di Wilayah Persekutuan dengan jumlah terkumpul keseluruhan sebanyak RM390,000.

Menurut Azhar lagi, dengan pembelian bangunan berkenaan, Pas Wilayah Persekutuan beriltizam untuk menjadkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat agenda dalam usaha menjayakan semangat baharu dengan aspirasi Darul Madani Mencorak Metropolitan Sejahtera. MG

Leave a Reply