‘Mat Kilau’ merajuk dengan Studio Kembara

Aktor Datuk Adi Putra terkilan dan masih memegang prinsip tidak hadir pada Malam Gala Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Adi berkata, dia akan mempertimbangkan pemergian ke Jakarta sekiranya dijemput secara peribadi oleh penganjur Indonesia.

“Saya memuat naik status selepas dua minggu cuba menghubungi Studio Kembara, tetapi tidak berjawab.



“Selepas status dimuat naik barulah pihak Studio Kembara menghubungi sebanyak 11 kali, tetapi saya memilih untuk tidak menjawab kerana rasa terkilan.

“Saya tidak menyimpan dalam hati, sebaliknya minta maaf dan berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional serta bercakap benar,” katanya kepada BH Online.

Adi ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Air Force The Movie, petang tadi.

Mengulas mengenai pembabitan dalam filem Mat Kilau 2, Adi berkata, dia akan mempertimbangkan perkara itu.



“Paling penting, komunikasi. Dari komunikasi akan berlanjutan kepada diskusi.

“Bagi saya, setiap apa yang berlaku ada pengajaran dan hikmah.

“Dari situ terbit satu iktibar, namun, seperti dikatakan, saya akan mempertimbangkan sama ada menyertai filem Mat Kilau 2 atau sebaliknya,” katanya.

 



Adi bersama barisan pelakon filem terbaharunya, Air Force The Movie, petang tadi. - NSTP/Rohanis Shukri
Adi bersama barisan pelakon filem terbaharunya, Air Force The Movie, petang tadi. – NSTP/Rohanis Shukri

 

Sementara itu, hantaran Adi turut mendapat perhatian Johan As’ari yang memegang watak Yasin dan turut menyokong tindakannya.

Johan dilihat meninggalkan komen tidak akan hadir malam gala filem Mat Kilau di Jakarta jika Adi tidak hadir.

“Kalau Abang Kilau tak hadir malam gala filem di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis berkenaan,” tulisnya sambil diiringi tanda pagar #taatpadayangsatu



Ekoran tindakannya itu, nama Johan turut digugurkan daripada malam gala berkenaan.

Johan mempertikaikan mengapa perkataan ‘digugurkan’ digunakan produksi Studio Kembara, sedangkan terdapat perkataan lebih elok.

“Saya tertanya-tanya mengapa Studio Kembara menggunakan perkataan digugurkan. Tidak adakah perkataan lebih baik untuk digunakan?

“Saya anggap kelakar dan tak profesional. Sebenarnya jika saya tak pergi pun saya okay.



“Sekiranya dijemput pengedar atau figura dari Indonesia saya okay, malah tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker