Pembatalan projek KVDT2 – Kontraktor saman kerajaan, menteri

Sebuah firma kontraktor hari ini mengemukakan saman untuk mengketepikan pembatalan kontrak projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur landasan keretapi berkembar elektrik di Lembah Klang fasa 2 atau (KVDT2) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Firma guaman Zul Rafique & Partners yang mewakili Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd mengemukakan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 September.

Tindakan undang-undang firma itu menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 31 Ogos lalu, Dhaya Maju LTAT dilaporkan berkata bahawa kerajaan PN tidak mempunyai asas untuk menamatkan kontrak sedia ada untuk projek itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Razeek Hussain dilaporkan berkata, firmanya mempunyai kemampuan untuk melaksanakan projek berkenaan, dan atas alasan itu ia diberi kontrak sebanyak dua kali, pertama oleh kerajaan BN dan kemudiannya oleh pentadbiran Pakatan Harapan masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.

Menurut pernyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, firma tersebut meminta deklarasi bahawa sebarang penamatan atau pembatalan kontrak adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang. Mk

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker