Hamzah pesan pada polis rakam dan ambil gambar tunjukkan pada Anwar

Bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin menggesa anggota polis yang bertugas mengawasi kempen PN di enam negeri supaya mempromosikan gabungan itu dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Setiausaha agung PN itu berkata, anggota terbabit juga boleh mengambil kesempatan mendengar tawaran yang diberikan gabungan parti pembangkang itu.

“Saya nak bagi tahu polis yang dengar ini (ceramah), kerja dia bukan sahaja ‘tangkap’ apa yang kita ucap, dia juga kena ingat dalam hati kena jaga masa depan anak bangsa.



“Jadi, bila dengar ucapan jangan rakam sahaja, dengar sekali. Macam kita…kita ucap, dengar balik dan buat kerja.

“Begitu juga mereka…berita kepada anak-anak, keluarga dan sahabat handai, kerajaan yang lebih baik adalah kerajaan PN,” kata Hamzah ketika berucap pada Program Himpunan Jentera N.03 Sungai Panjang di Markaz Tarbiah PAS Smpang Lima, Sungai Besar, malam tadi.

Mengakhiri ucapannya, bekas menteri dalam negeri itu meminta penyokong yang hadir supaya berdiri sebelum meminta anggota polis yang berada pada majlis terbabit mengambil gambar mereka dan menunjukkan kepada perdana menteri Anwar Ibrahim.

“Polis, ambil gambar mereka. Tunjukkan kepada PM, mereka (rakyat) sudah bangkit,” katanya.



Pada 24 Julai lalu, Hamzah yang juga etua pembangkang yang mendakwa dia menerima maklumat berkenaan PRN akan datang daripada “sahabat-sahabatnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)” yang PN sebenarnya mendahului di Selangor.

Ia berbeza dengan dakwaan menteri besar sementara Amirudin Shari bahawa PH menikmati tahap sokongan yang lebih tinggi.

Seramai 40,000 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata, jumlah berkenaan membabitkan anggota dan pegawai di negeri terbabit serta bantuan dari negeri-negeri lain.



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker