Pergi kenduri dan ziarah kematian dalam kad laporan MP PAS jadi bahan ketawa netizen

Perkongsian kad laporan 100 hari Ahli Parlimen Kepada Batas Siti Mastura Muhammad menimbulkan polemik di kalangan pengguna media sosial.

Bagi pengkritik, mereka mempersoalkan alasan Siti Mastura menyenaraikan “majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran” selain “ziarah kematian” dalam kad laporan itu.

“Kalau ziarah orang mati pun dikira sebagai pencapaian, baik orang Kepala Batas lantik penggali kubur je jadi ahli parlimen,” kata seorang pengguna Twitter.



“Ziarah orang mati dan kenduri kahwin, tak payah jadi ahli parlimen pun boleh buat. Tunjuk real achievements (pencapaian sebenar) lah,” kata seorang pengguna Twitter lain.

Penyokong Siti Mastura pula memuji kad laporan itu yang menyenaraikan “ziarah dan bantuan kepada mangsa musibah” serta “ziarah dan bantuan warga emas/OKU/orang sakit/asnaf”.

“Semoga dipermudahkan. Walaupun dianaktirikan, walaupun peruntukan tiada, kerja masih jalan. Kagum dengan orang PAS dan pihak yang tolong bagi bantuan untuk dana untuk teruskan perjuangan ni,” kata pengguna di Facebook.

“Tahniah YB. Walaupun tak ada peruntukan tapi bantuan kepada rakyat Kepala Batas tetap ada. Alhamdulillah,” kata pengguna Facebook yang lain.



Kategori lain dalam kad laporan 100 hari itu ialah “pertemuan bersama agensi kerajaan”, “pemudahcara aduan rakyat”, “program bersama NGO dan masyarakat”, serta “bangkitkan isu rakyat Kepala Batas di Sidang Parlimen Dewan Rakyat”.

Kad laporan seumpamanya biasanya dikongsi oleh wakil rakyat untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam tempoh tertentu.

Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat sebelum ini turut dikecam kerana menyenaraikan ziarah kenduri atau kematian sebagai salah satu kategori dalam kad laporan mereka.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah



Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker