Alicia Amin buat protes, tuntut bayaran model

Alicia Amin buat protes, tuntut bayaran model

Demi menuntut hak rakan dunia peragaan berkenaan isu bayaran tertangguh, Alicia Amin tampil sendirian membawa sepanduk di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022), semalam.

Dalam kemunculan di pusat beli belah di Bukit Bintang iaitu lokasi acara, pelakon dan model berkenaan ‘menyuarakan’ desakan supaya jangan menindas peragawati dan peragawan yang sudah menyelesaikan tugas mereka.



“Semua model yang bekerja (di KLFW) tahun ini perlu dibayar pada hari yang sama.

“Kepada mereka yang belum menerima bayaran untuk tahun-tahun sebelum ini, sila datang berjumpa saya,” tulisnya pada kertas besar yang dibawa.

Perkongsian tentang isu diperjuangkan tersebut disuarakan Alicia, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik Instagram Story.

Menerusi hantaran lain, dia juga meminta jika ada model yang tidak mendapat bayaran lagi dalam tempoh 24 jam selepas pertunjukan selesai supaya turut menemuinya.



Sementara itu, Alicia secara terbuka mengakui sudah penat berhadapan isu sama, selain menyatakan sanggup tampil sendirian kerana enggan mengundang risiko terhadap model lain.

“Saya telah menjadi model selama 12 tahun. Saya penat dengan semua ini. Saya bersendirian kerana saya tidak mahu merisikokan karier atau reputasi orang lain,” luahnya.

Katanya lagi, pihak terbabit tiada apa-apa hutang dengannya, namun dia masih mengingati pengalaman lampau zaman muda dulu ketika bermula sebagai model bebas.

Malah bintang filem Rasuk itu turut menegaskan peringatan tersebut bukan ditujukan kepada pereka tempatan, sebaliknya hanya kepada pihak yang berdegil melunaskan bayaran.



“Bagi elak salah faham, sebenarnya penganjur KLFW yang mengupah model dan mereka bekerja mengikut giliran sepanjang tempoh acara berlangsung.

“Pereka fesyen yang ambil bahagian pula boleh menggunakan khidmat model luar jika mereka mahu.

“Saya sudah lama bekerjasama dengan ramai pereka tempatan. Kalau mereka ingin saya peragakan helaian, saya sedia di mana saja. Saya anggap sebagai penghormatan.

“Saya boleh protes dan menentang pihak pembayar yang teruk, pada masa sama tetap menyokong rakan pereka yang membina kerjaya saya. Mereka dua entiti berbeza,” katanya.



Terdahulu, isu bayaran model untuk acara fesyen tahunan sejak 2019 yang tertangguh lama pernah disuarakan selebriti tinggi lampai itu. K Online

Alicia Amin buat protes, tuntut bayaran model


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak



Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker