Polis sahkan tiada unsur serangan seksual terhadap Putri

Polis sahkan tiada unsur serangan seksual terhadap Putri

JAKARTA: Polis memutuskan untuk menghentikan siasatan dakwaan berlaku serangan seksual terhadap isteri Inspektor Jeneral Ferdy Sambo, Putri Candrawathi oleh anggota polis, Nofriansyah Yosua Hutabarat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Andi Rian Djajadi berkata, pihaknya juga mengugurkan laporan kononnya berlaku cubaan membunuh oleh Norfriansyah terhadap penyerang, Bharada Richard Eliezer yang menembak matinya, 8 Julai lalu.



Jelasnya, pihaknya menghentikan siastan terhadap dua laporan tersebut disebabkan terbukti tidak benar.

“Berdasarkan keputusan kes ini, kita akan menghentikan siasatan tersebut kerana tiada insiden jenayah ditemukan.

“Kita menganggap dua laporan polis ini menjadi satu bahagian yang masuk dalam kategori ‘menghalang keadilan’ kerana cuba menyembunyikan kes pembunuhan terancang,” katanya.

Sebelum ini, laporan awal dua dakwaan itu dibuat oleh Putri dan anggota Polis Metro Jakarta Selatan, Martin Gabe.



Pada mulanya, Ferdy didakwa menjadi suspek utama selepas dia dituduh cemburu dengan hubungan mesra antara isterinya dengan mangsa.

Ferdy sebenarnya mengarahkan Bharada menembak mati Nofriansyah dengan menjanjikan upah satu bilion rupiah (RM303,000).

Sementara itu, Ketua Agensi Perlindungan Mangsa dan Saksi, Hasto Atmojo Suroyo berkata, pihaknya mendedahkan sejumlah kejanggalan yang membuat mereka menolak permohonan perlindungan yang diajukan oleh Putri.

“Putri meminta permohonan perlindungan kepada pihak kita sejak 14 Julai lalu. Permohonan itu ditandatangani oleh Putri dan peguamnya.



“Sejak awal memang ada kejanggalan dalam permohonan ini.

“Kami ragu-ragu apakah dia memang berniat memohon perlindungan atau sebenarnya tidak tahu-menahu tentang permohonan ini, tetapi ada desakan daripada pihak lain untuk mengajukan permohonan untuk dilindungi oleh agensi kita,” katanya. Utusan

Polis sahkan tiada unsur serangan seksual terhadap Putri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak



Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker