Pukul penunggang motor di Cheras, polis lakukan siasatan [VIDEO]

Polis menyiasat sebuah video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul lelaki tidak berbaju selepas terbabit kemalangan di Jalan Utama Cheras Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, sebuah motosikal dilihat keluar secara tiba-tiba dari simpang menyebabkan sebuah lagi motosikal yang ditunggang lelaki tidak berbaju gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kenderaan tersebut.

Susulan kejadian itu, lelaki tidak berbaju itu terus memukul penunggang motosikal tersebut secara bertubi-tubi di tengah persimpangan jalan.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.09 tengah hari.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal (lelaki tidak berbaju) memukul seorang lagi penunggang dengan tangan dan kaki.

“Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka (dash cam) sebelum dimuat naik dan tular di Telegram Info Semasa Official semalam,” katanya dalam kenyataan hari in.

Setakat ini, polis masih belum menerima laporan daripada pihak yang terlibat.



Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang motosikal secara gopoh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker