Painah dijumpai hasil rundingan dengan Ketua Bunian

Painah dijumpai hasil rundingan dengan Ketua Bunian

Kehilangan misteri seorang warga emas, Painah Siwan, 79, dipercayai terdapat campur tangan antara Ke­tua Bunian Senggarang dan bunga kesayangannya di Senggarang, Batu Pahat Johor.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam, Ariffin Darus memaklumkan, perkara sebenar yang berlaku pada Painah dikongsikannya kepada umum agar orang ramai lebih hati-hati apabila berada di dalam hutan.

Katanya, keadaan warga emas itu hanya mampu bertahan untuk dua hari lagi, namun dengan adanya bantuan dari Raja Segala Bunian yang berunding dengan Ketua Bunian.



Berusia 79 tahun, nenek yang lebih dikenali dengan nama Wak Painah itu ditemukan oleh penduduk kampung, yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.25 pagi Isnin.

Wak Painah ditemui dalam lingkungan 900 meter dari pos kawalan operasi bersama sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.

Dalam satu video yang dimuat turun oleh salah seorang penduduk kampung melalui aplikasi TikTok itacomely, menunjukkan daun sawit yang dijumpai bersama Wak Painah masih lagi segar walaupun setelah enam hari hilang.

“Antara barang-barang bukti yang dijumpai bersama Wak ketika ditemui.



“Dengan kuasa ALLAH, daun-daun itu tidak kering setelah enam hari tidak dijumpai,” katanya.

Sesetengah pihak mungkin berpendapat ia hanya mitos atau pemikiran kolot yang masih diterapkan di zaman serba moden kini, namun sehingga ke hari ini kejadian tersebut masih berlaku dan menjadi tanda tanya.

Painah dijumpai hasil rundingan dengan Ketua Bunian


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker