Nenek kahwin dahulu buat empat cucu perempuan makan hati

enek Elly mempunyai cucu-cucu gadis yang masih bujang dan belum berpunya. – Tya

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan reaksi lucu empat orang gadis yang ‘makan hati’ melihat nenek mereka berkahwin walhal mereka  masih belum bertemu jodoh, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman TikTok itu, pasangan pengantin tersebut dilihat baru selesai menjalani upacara akad nikah di sebuah dewan.

Video itu kemudian dihalakan ke arah empat gadis yang merupakan cucu kepada pengantin perempuan yang masih bujang.

“Ketika nenek berkahwin lagi, cucu-cucunya masih bujang dan belum berpunya. Memang sedih,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.



Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai reaksi diberikan netizen.

“Nenek bernikah dahulu sebelum cucu. Sabar ya cucu,” kata seorang pengguna media sosial.

Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun TikTok @nyonyadestira bagi bertanyakan mengenai video yang dimuat naik tersebut.

Menurut pemiliknya, Tya, warga emas tersebut merupakan nenek saudaranya yang berusia 66 tahun.



“Nenek Elly ialah adik kepada nenek saya, manakala empat gadis dalam video itu merupakan cucu-cucunya,” katanya.

Tambah Tya, Nenek Elly ialah seseorang yang mudah didekati dan gemar bergaya.

“Kami gembira melihat dia berkahwin kerana telah lama hidup bersendirian selepas suaminya meninggal dunia,” ujarnya.

Acara pernikahan tersebut berlangsung pada 31 Julai lalu di Bogor Timur, wilayah Jawa Barat. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah



Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker