Rogol dan rompak wanita, remaja berdepan penjara 70 tahun
Rogol dan rompak wanita, remaja berdepan penjara 70 tahun
MELAKA: Didakwa merogol seorang wanita dan melakukan rompakan di sebuah hotel awal bulan ini, seorang remaja berusia 18 tahun berdepan hukuman penjara selama 70 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, K.P. Suren, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 34 tahun tanpa kerelaannya dan pada masa atau segera sebelum menyebabkan kecederaan kepadanya.
Bagi tindakan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan didakwa mengikut 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.
Tertuduh juga didakwa melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM100 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa dan semasa kejadian tertuduh dengan sengaja mencederakan wanita terbabit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Semua perbuatan itu dilakukannya antara pukul 1.11 pagi sehingga 1.20 pagi di sebuah hotel di Taman Paya Rumput Utama dalam daerah Melaka Tengah, 3 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.
Peguam Suresh Balakrishnan yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan jaminan akan dibuat oleh abang kepada anak guamnya yang hanya mempunyai pendapatan bulanan RM1,100.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM45,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 7 September depan sebagai sebutan semula kes. Utusan
Rogol dan rompak wanita, remaja berdepan penjara 70 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Pelancong kena gangguan seksual secara terbuka buat netizen panas [VIDEO]
- Maaf jika pemakaian saya melukakan hati segelintir pihak
- BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham
- Wanita OKU dirogol rakan sekerja
- Lelaki mengamuk dakwa kuliah Subuh bising
- Kerani dakwa diraba polis
- Datuk jutawan kahwini gadis 19 tahun bercerai selepas 2 bulan
- Isteri maafkan suami curang dengan wanita seusia ibunya
- Wanita tembak mati kekasih di hadapan sami [VIDEO]
- Pemandu mabuk larikan Axia lepas langgar tujuh kereta
- Barli kurangkan risiko radang usus. Ini manfaat lain yang wajib kita tahu
- Filem Pasir Salak bakal disiapkan Syamsul?
- GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim