Ketahui Kelebihan Dan Cara Berpuasa 10 Muharam, Besar Ganjarannya!
Ketahui Kelebihan Dan Cara Berpuasa 10 Muharam, Besar Ganjarannya!
SABAN tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharam dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram?
Salah satu bulan yang diharamkan oleh Allah
إِن عِدة ٱلشُهُورِ عِند ٱللهِ ٱثۡنا عشر شهۡرٗا فِي كِتٰبِ ٱللهِ يوۡم خلق ٱلسمٰوٰتِ وٱلۡأرۡض مِنۡهآ أرۡبعة حُرُمٞۚ ذٰلِك ٱلدِينُ ٱلۡقيِمُۚ فلا تظۡلِمُوا فِيهِن أنفُسكُمۡۚ وقٰتِلُوا ٱلۡمُشۡرِكِين كآفةٗ كما يُقٰتِلُونكُمۡ كآفةٗۚ وٱعۡلمُوٓا أن ٱلله مع ٱلۡمُتقِين
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [Surah At – Taubah: 36]
Bulan Muharam membawa maksud ‘bulan terlarang’ dalam kalangan orang Arab, dan dianggap suci dalam kalendar mereka. Pada bulan tersebut juga, orang Arab dilarang melakukan sebarang peperangan, pembunuhan dan kekasaran.
Kemuliaan Ramadan ada pada malam lailatul qadarnya, kemuliaan bulan Zulhijah pada hari Arafahnya. Begitu juga bulan Muharam, kemuliaanya ada pada hari asyura. Imam As-Sayuti mengatakan pada zaman jahiliah tidak disebut bulan Muharam, ia disebut safar awal dan selepas itu safar thani. Apabila datangnya Islam Allah menamakan Muharam dan dinamakan sebagai bulan Allah.
Kelebihan 10 Muharam
Terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada 10 Muharam berdasarkan nas dan hadis yang sahih.
Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu.
Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:
Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengejar satu hari yang fadilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura. [HR Bukhari 2006]
Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Ini menunjukkan bahawa puasa ‘Asyura lebih afdal berbanding hari-hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada hari Arafah lebih afdal berbanding puasa pada hari ‘Asyura. Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa ‘Asyura dinisbahkan kepada Musa AS manakala puasa Arafah pula dinisbahkan kepada Nabi Muhammad. Oleh yang demikian, puasa Arafah lebih afdal. [Fath Al-Bari. Dar Al-Salam, 4/315]
Pada hari itu juga Nabi Musa AS diselamatkan manakala Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:
Maksudnya: Rasulullah tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah: Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut. [HR Bukhari 3397]
Keutamaan puasa pada bulan Muharam
Imam as-suyuti dalam syarah as-suyuti ‘ala sahih muslim mengatakan, keutamaan puasa pada bulan Muharam setiap tahun amat digalakkan kerana puasa ialah sebaik-sebaik amalan seperti mana sebaik-baik solat selepas fardu, solat malam.
Sabda Rasulullah;
أفضلُ الصِيامِ بعد شهرِ رمضان صِيامُ شهرِ اللهِ المُحرمِ
Maksudnya: “Sebaik-baik puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” [HR Muslim 1163]
عنِ ابنِ عباسٍ, – رضى الله عنهما – أن رسُول اللهِ صلى الله عليه وسلم قدِم المدِينة فوجد اليهُود صِياما يوم عاشُوراء فقال لهُم رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ” ما هذا اليومُ الذِي تصُومُونهُ ” . فقالُوا هذا يوم عظِيم أنجى اللهُ فِيهِ مُوسى وقومهُ وغرق فِرعون وقومهُ فصامهُ مُوسى شُكرا فنحنُ نصُومُهُ . فقال رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ” فنحنُ أحقُ وأولى بِمُوسى مِنكُم ” . فصامهُ رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وأمر بِصِيامِهِ
Maksudnya: Ibnu Abbas bercerita di awal mula keberadaan Nabi saw di Madinah, beliau menemukan kebiasaan warga Yahudi yang berpuasa pada tgl 10 Muharram/ Asyura, beliau bertanya: Apa keutamaan hari ini? Mereka menjawab: Ini hari bersejarah bagi kami, pada hari ini Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS dari kejaran Firaun. Nabi Musa AS berpuasa pada hari ini. Mendengar jawapan itu beliau bersabda: Saya lebih berhak untuk menghormati Musa AS dari pada kalian. Maka Rasulullah SAW berpuasa dan mengajak ummat untuk berpuasa. [HR Muslim 1130]
Orang Islam digalakkan untuk merebut keberkatan sempena 10 Muharam.
Orang yahudi puasa 10 Muharam kerana ingin meraikan Nabi Musa yang bebas dari Firaun. Sebab Nabi menyebut “Aku lebih layak ke atas Musa dari kamu” adalah;
1. Profesion Nabi Muhammad dan Nabi Musa sama. Kedua-duanya Nabi dan pengembala kambing.
2. Nabi Musa yang menasihati Nabi Muhammad untuk mengurangkan solat dari 50 kepada 5 dalam peristiwa israk mikraj.
Kelebihan puasa pada 10 Muharam
Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu.
Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda:
Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]
Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharam merupakan sunnah Nabi.
Sama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharam tetapi dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:
Maksudnya: Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah telah wafat. [HR Muslim 1916 ]
Cara berpuasa pada 10 Muharam
Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharam seperti yang terdapat di dalam hadis. Kata Imam Syafie, sunat juga berpuasa pada 9 Muharam kerana baginda Rasulullah berniat untuk berpuasa pada tahun yang akan datang dengan berpuasa 9 dan 10 Muharam.
Dibenarkan berpuasa bagi mereka yang ingin puasa pada 10 Muharam sahaja. Yang paling baik adalah 9 dan 10 Muharam. Ini kerana, kata Imam Nawawi puasa pada 9 Muharam adalah untuk membezakan puasa orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharam.
Semoga ganjaran yang begitu besar yang telah disediakan Allah kepada kita sama-sama kita kerjakan.
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook
Ketahui Kelebihan Dan Cara Berpuasa 10 Muharam, Besar Ganjarannya!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hadi silap, patut ‘kawan’ dengan Umno, bukan Bersatu – Khairuddin
- Gaza lumpuh dibedil tentera Israel, puluhan terbunuh termasuk kanak-kanak
- Angin kencang Noh Salleh, Mizz Nina
- Padah muat naik klip video berunsur lucah
- Video lucah, penyanyi terus membisu
- Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia
- Pergaduhan kaum di Sungai Petani? Ini sebenarnya yang berlaku
- Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20
- Daiyan Trisha beli rumah mewah impian
- Dua Adik-Beradik Tinggal Bawah Jambatan Lepas Bapa Kahwin Lain
- Jangan kerana meraikan toleransi berbilang kaum, akidah tauhid tergadai
- Mukhriz pemimpin setanding Mahathir?
- Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis – Laporan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET