Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP

Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP

Tindakan Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) didakwa hanya menyerlahkan lagi hipokrasi PKR dan DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, pada 2018 dan 2019, kerajaan PH yang menangguh dan membekukan projek tersebut sehingga menyebabkan ia lewat sebelum mereka membuat keputusan untuk meneruskannya.

Sehubungan itu, beliau bertanya mengapa PH tidak membatalkan projek LCS semasa menjadi kerajaan dahulu.

“Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, yang bising banyak sekarang berkenaan isu ini dulu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, dia pernah pantau dan melawat projek LCS ini dulu. Kenapa dulu dia tidak bising macam sekarang dan sekarang baru buka mulut itu dan ini? Menteri Pertahanan PH, Mat (Mohamad) Sabu pun sama.

“Rafizi (Ramli) dan Nurul Izzah (Anwar) yang kini lantang berkenaan isu ini ke mana perginya masa PH memerintah? Masa PH dalam kerajaan kamu diam, kerana kamu tidak tahu mentadbir namun hanya tahu mengkritik dengan negatif.

“Sebab itu dulu selepas PH menang kamu masuk gua dan kini baru keluar. Kamu hanya tahu bagaimana untuk hasut rakyat. Itu skill set kamu. Adakah kamu fikir rakyat boleh percaya dengan kamu lagi?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendedahkan, Boustead Naval Shipyard (BNS) masih gagal menyerahkan sebarang LCS setakat ini kepada kerajaan walaupun telah menerima bayaran RM6.08 bilion.

Isham menambah, PH sebenarnya sedang terdesak untuk mencari isu supaya mereka dapat kembali relevan di mata rakyat dan cuba bawa isu akauntabiliti serta kononnya mereka menentang rasuah.

Namun, beliau memberitahu, ketika PH menjadi kerajaan dalam masa tidak sampai dua tahun dahulu, pemimpin-pemimpin mereka terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

“Lim Guan Eng ada kes mahkamah dan dakwaan rasuah, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) ada kes mahkamah dan salah guna kuasa melibatkan wang berjuta ringgit, begitu juga kes-kes rasuah beberapa orang yang berkait rapat dengan ahli politik PH. Mereka ini cakap tidak serupa bikin,” jelasnya.

Isham turut mengingatkan bahawa PH membawa pelbagai isu sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Namun perbezaannya kini dan masalah yang dihadapi oleh PH kini ialah rakyat tidak lupa yang walaupun apa isu yang mereka bawa, mereka-mereka inilah yang tipu manifesto, mungkir janji kepada rakyat dan ranapkan ekonomi negara.

“Mereka boleh hasut rakyat seperti biasa, tetapi rakyat tidak akan lupa apa yang berlaku bila mereka mendapat kuasa dahulu. Kali ini mereka tahu yang rakyat sudah tidak percaya kepada mereka lagi,” ujarnya. MG

Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker