Nak melancong tapi sanggup jadi gelandangan sebab nak jimat

Lokasi popular di Torquay, Devon yang dipenuhi khemah pelancong yang enggan membayar kos penginapan. – SWNS

Nak melancong tapi sanggup jadi gelandangan sebab nak jimat . Sekumpulan pelancong di Britain dikatakan berpura-pura menjadi gelandangan supaya boleh memacak khemah di luar kawasan pelancongan kerana enggan membayar kos penginapan  hotel, lapor akhbar The Sun semalam.

Mereka cuba mengelak membayar kos penginapan yang tinggi itu ketika berada di pantai Torquay, Devon, orquay, Devon

Penduduk setempat berasa marah kerana pengunjung tersebut menggunakan kawasan yang sepatutnya digunakan oleh gelandangan hanya semata-mata kerana mahu mengurangkan kos percutian mereka.

Percutian dalam negara meningkat  selepas pandemik, menjadikan kos penginapan di lokasi popular semakin mahal.

Hujung minggu lalu, sekurang-kurangnya tujuh buah khemah dilihat di kawasan tersebut dengan pelancong memasak makanan menggunakan dapur gas .

“Ini merupakan isu di mana pelancong mendapatkan percutian percuma daripada wang pembayar cukai di Torbay. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Ketua Perkongsian Komuniti Cockington, Chelston & Livermead, Roger Carter.

Situasi tersebut bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa ia bukan satu kesalahan.

“Apa salahnya? Pelancong itu bukan datang ke sini untuk membeli rumah kedua. Mungkin mereka tidak sanggup membayar wang kepada tapak perkhemahan yang ‘cekik darah’,” kata seorang penduduk tempatan, Christine Lillicrap. –  Agensi

Nak melancong tapi sanggup jadi gelandangan sebab nak jimat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan

Tutup atau buka sekolah sepatutnya bukan urusan KPM – Ahli akademik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker