Kereta jatuh landasan kereta api sedalam 9 meter, lelaki cedera

Kereta jatuh landasan kereta api sedalam 9 meter, lelaki cedera

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya terbabas lalu terjatuh ke landasan kereta api sedalam lebih sembilan meter, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi di landasan keretapi dekat kawasan Wadi Hana di sini, mangsa yang memandu Proton Iriz berjaya keluar sendiri dari kenderaan, sebelum dibantu naik semula ke atas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima pihaknya kira-kira jam 2.32 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu Unit Bermotor Bomba (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Tiba di lokasi kita mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun cedera ringan. Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta itu terjatuh ke landasan kereta api berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 3 pagi. BH

Kereta jatuh landasan kereta api sedalam 9 meter, lelaki cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker