Rafizi Perlu Nyatakan Samada PH Jual Atau Tidak 18 Aset Milik Rakyat

Oleh Tun Teja,

RAKYAT tahu Pakatan Harapan yang memerintah negara selama 22 bulan telah menjual banyak aset negara. Namun tiba-tiba Raja Formula Songsang, Rafizi Ramli menafikan perkara tersebut.

Mungkin ramai yang lupa siapa sebenarnya Rafizi setelah beliau menyepi dari dunia politik selama beberapa tahun setelah PH menang Pilihan Raya Umum ke 14.

Raja Formula Songsang pernah mengaku tugas sebenar beliau adalah untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari. Memandangkan Rafizi menyangkal dakwaan PH menjual aset negara maka beliau diminta menafikan tindakan PH menjual 18 aset dibawah :-

1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018

2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018

3. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019

4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019

5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019

6. Kementerian Kewangan (MOF) umum mahu menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion

7. Boustead milik LTAT telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019

8. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019

9. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019

10. Axiata milik Khazanah pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019

11. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019

12. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019

13. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019

14. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019

15. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019

16. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019

17. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019

18. TH Plantations umum rancangan penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker