Oktoberfest: Pemimpin Islam wajib berusaha keras bantah pesta arak

Budaya minum arak ditegah keras bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan juga untuk agama lain kerana jelas memudaratkan kesihatan dan menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, Oktoberfest adalah perayaan yang bermula daripada Barat yang mempromosikan minuman bir secara besar-besaran yang dimulakan di sebuah bandar di Munich, Jerman.

Situasi tersebut katanya, dilihat amat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi agama Islam.

“Justeru, Oktoberfest langsung tiada kena mengena dengan masyarakat negara kita. Ada yang mahu meraikan seolah-olah perayaan yang wajib disambut dan menjadi budaya negara.

“Sedangkan penganjuran ini membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Walhal ada negara-negara di Eropah yang tidak merayakannya tetapi kita pula cuba menormalisasikan budaya ke arah ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Fauzi berkata, bagi kaum lain tidak salah untuk mereka mengambil namun cukuplah sekadar dalam kawasan tertutup dan bukan cubaan untuk menjadi budaya yang perlu dirai setiap tahun.

Katanya, adalah menjadi kewajaran kepada kaum-kaum lain untuk lebih menghormati pendirian Malaysia yang merupakan negara Islam.

Malah Ustaz Fauzi juga berpandangan pemimpin-pemimpin politik dan tokoh masyarakat Islam sepatutnya berusaha agar perayaan itu tidak bertapak di negara ini.

Tegas beliau, tindakan tidak kisah atau konon tidak mahu mencampuri urusan bukan Islam hanyalah alasan orang lemah yang tidak ada matlamat perjuangan.

“Kebenaran yang diberikan oleh negara untuk orang bukan Islam minum arak di tempat tertutup tanpa promosi adalah batasan yang sudah memadai buat mereka.

“Lebih daripada itu adalah perlampauan yang akan mengganggu keharmonian negara,” tegas beliau.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpiri Shah Raja Puri mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad supaya tidak campur tangan dalam acara kebudayaan orang bukan Islam di negara ini

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker