Nazri Alu-Alukan Gerakan Tanah Air, Yakin UMNO Masih Dekat Di Hati Rakyat

Nazri Alu-Alukan Gerakan Tanah Air, Yakin UMNO Masih Dekat Di Hati Rakyat

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan penubuhan Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mohamed Nazri, dalam sebuah negara demokrasi, penubuhan mana-mana gabungan politik tidak seharusnya dihalang sebaliknya perlu diraikan.

“Sebagai sebuah negara demokrasi tidak seharusnya kita menyekat atau menghalang penubuhan mana-mana parti atau gabungan politik.

“Penubuhan Gerakan Tanah Air ini perlu diraikan bagi menunjukkan kematangan kita dalam politik,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas hasrat gabungan yang diumumkan penubuhannya pada Khamis itu yang mahu memberi saingan kepada UMNO, Mohamed Nazri menjelaskan beliau yakin rakyat mampu menilai mana yang terbaik.

Beliau juga yakin UMNO masih lagi sebuah parti yang dekat dihati rakyat terutamanya orang Melayu.

Mengukuhkan hujahnya, Mohamed Nazri menjelaskan, imej Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak terpalit sebarang skandal memberi keyakinan kepada orang Melayu.

“Telah terbukti bahawa hanya UMNO mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat disebalik bermacam tuduhan yang dilemparkan kepada parti terbesar orang Melayu ini.

“Saya rasa Dr Mahathir juga sedar hakikat tersebut dan mungkin beliau sebenarnya terlalu rindu kepada UMNO kerana hanya ketika bersama UMNO beliau mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.

“Buktinya ketika bersama Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir tidak dapat perform seperti mana ketika beliau bersama UMNO.

“Saya juga percaya, imej Datuk Seri Ismail Sabri yang dijadikan poster boy UMNO juga sangat diterima oleh pengundi terutama orang Melayu kerana beliau setakat ini boleh dianggap clean.

“Kalau nak bercakap pasal rasuah, saya rasa rakyat bijak untuk melihat bahawa dalam Gerakan Tanah Air itu tidak semuanya bersih seperti yang digambarkan,” katanya lagi.

Mohamed Nazri menjelaskan, setakat ini hanya dua parti Melayu yang sangat dekat dihati pengundi iaitu UMNO dan Pas.

Beliau berpendapat sekiranya kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu menerusi Muafakat Nasional (MN) dapat dihidupkan kembali ia akan mengembirakan ramai pengundi Melayu.

“Saya yakin sekiranya dengan MN, ia akan mengembirakan ramai orang Melayu kerana telah terbukti hanya UMNO dan Pas benar-benar berjuang untuk agama dan bangsa,” katanya.

Pada Khamis, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir mengumumkan Gerakan Tanah Air sebagai gabungan parti politik baharu berlandaskan Melayu dan Islam bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas ahli politik berusia 97 tahun itu, gabungan itu melibatkan parti Pejuang, parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman), parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.AA

Nazri Alu-Alukan Gerakan Tanah Air, Yakin UMNO Masih Dekat Di Hati Rakyat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker