Gentar tindak balas China, Amerika tunda ujian peluru berpandu balistik antara benua

Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk menangguhkan ujian peluru berpandu yang telah lama dirancang susulan kebimbangan ke atas tindak balas agresif China terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan satu sumber yang merupakan seorang pegawai tertinggi pentadbiran Presiden Joe Biden.

Keputusan untuk menangguhkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Minuteman III yang tidak bersenjata dibuat ketika China melancarkan latihan ketenteraan sebagai tindak balas kepada lawatan Pelosi.



“Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin telah mengarahkan Kementerian Pertahanan (DOD) untuk menangguhkan ujian yang telah dijadualkan itu sebagai langkah keselamatan

“Ini merupakan tindakan yang dilakukan oleh sebuah negara yang bertanggungjawab (AS),” kata pegawai berkenaan.

Ujian tersebut sebelum ini dijadualkan berlangsung pada petang Rabu hingga Khamis namun,  tarikh baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ini bukan kali pertama AS membatalkan ujian peluru berpandu dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan peristiwa geopolitik.



Pada Mac lalu, Austin membatalkan ujian Minuteman III untuk mengelakkan sebarang salah faham atau salah tafsir ketika ketegangan semakin memuncak dengan bagi krisis Russia- Ukraine.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker