Dua beradik maut dipatuk ular selang sehari

Dua beradik maut dipatuk ular selang sehari

Seorang lelaki di India maut akibat dipatuk ular selepas menghadiri upacara pengebumian abangnya yang juga meninggal dunia selepas dipatuk haiwan berbisa itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Polis memaklumkan bahawa Govind Mishara, 22, telah melawat kampung Bhawanipur pada Rabu lalu untuk menghadiri upacara pengebumian abangnya, Arvind Mishra, 38.

Arvind dipatuk ular dan maut pada Selasa lalu, kata pegawai polis sub-bahagian, Radha Raman Singh kepada agensi berita PTI.

“Govind terbunuh selepas dipatuk ular ketika tidur. Salah seorang ahli keluarga mereka, Chandrashekar Pandey, 22, yang berada di rumah sama turut dipatuk ular.

“Chandrashekar dikejarkan ke hospital di mana keadaannya masih kritikal,” katanya.

Dua lelaki berkenaan telah melakukan perjalanan sejauh 80 kilometer dari bandar Ludhiana untuk menghadiri upacara itu. K Online

Dua beradik maut dipatuk ular selang sehari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker