Azam Baki sahkan siasatan LCS hampir dimuktamadkan
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pengumuman keputusan siasatan berhubung kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion, dalam masa terdekat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa pihak berkaitan sebelum boleh didedahkan kepada umum.
“Buat masa ini pihak saya masih lagi reserve (menangguhkan) untuk memberi apa-apa kenyataan dan saya akan maklum kemudian apabila bersedia membuat pengumuman.
“Saya sudah pernah memberi kenyataan sebelum ini (mengenai siasatan)… Saya kena menjaga sensitiviti hal penyiasatan dan kerahsiaan kes ini kerana bukan sahaja membabitkan SPRM tapi juga Jabatan Peguam Negara dan sebagainya.
“Sebab itu saya kena pastikan perkara ini diambil kira dahulu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis pertemuan tahunan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden MCW Jais Abdul Karim.
Ditanya sama ada SPRM sudah menjalankan siasatan kes itu atau sebaliknya, Azam berkata, siasatan sudah bermula sejak beberapa tahun lalu dan berada di peringkat akhir.
“Ada pihak seolah-olah menggambarkan yang siasatan masih dijalankan dan menggesa SPRM untuk menyiasat. Dah banyak kali saya katakan kita sedang menyiasat dan peringkat akhir penyiasatan, jadi peringkat ini saya tak mahu komen dulu,” katanya.
Terdahulu, pelbagai pihak mendesak SPRM supaya menyelesaikan segera siasatan berhubung kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur LCS susulan laporan PAC yang dibentangkan pada Khamis.
Antara yang mendesak adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam laporan yang dibentangkan itu, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan kapal berkenaan, antaranya kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Memetik kenyataan Pengerusi PAC Wong Kah Woh melalui prosiding dijalankan, projek LCS 1 disahkan siap tidak sampai 44 peratus dan upacara penamaan serta pelancarannya seperti dinyatakan saksi hanya memberi persepsi kepada umum bahawa kapal itu sudah siap.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
You must be logged in to post a comment.