PAU diadakan 23 – 26 November, tiada pemilihan jawatan dalam UMNO
PAU diadakan 23 – 26 November, tiada pemilihan jawatan dalam UMNO
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 akan diadakan pada 23 hingga 26 November depan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh itu ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Jelas Ahmad Maslan, PAU kali ini tidak akan melibatkan pemilihan jawatan di semua peringkat sama dalam Persidangan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan Bahagian.
“Persidangan UMNO Cawangan akan bermula 15 Ogos hingga 18 September ini manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian pada 7, 8 dan 9 Oktober depan.
“Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula akan diadakan pada 14, 15 dan 16 Oktober dan Perhimpunan Agung UMNO pada 23 hingga 26 November depan di mana tidak ada pemilihan jawatan semua peringkat pada kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat MKT di sini, malam ini.
Ahmad menambah, MKT turut membuat ketetapan memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuatkuasa mulai 29 Julai ini.
Ujar beliau, MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu.
“Sementara itu, negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional hendaklah melakukan langkah untuk meminda undang-undang tubuh/enakmen negeri masing masing setelah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan larangan lompat parti selesai digazetkan.
“MKT juga menggesa agar jentera parti di semua peringkat menumpukan kepada kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya. MG
PAU diadakan 23 – 26 November, tiada pemilihan jawatan dalam UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup
You must be logged in to post a comment.