Khaled tak terkejut gerakan Mahathir
Khaled tak terkejut gerakan Mahathir
Naib Presiden Umno Khaled Nordin tidak terkejut dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad menubuhkan gerakan Melayu-Islam namun berharap masyarakat tidak terpengaruh dengan taktik sedemikian.
Katanya, strategi digunakan bekas perdana menteri itu bukan perkara baharu apabila pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.
“Semua orang bebas tubuh parti politik tapi ini bukan perkara baru yang dia buat apabila nak menjelang pilihan raya maka akan ada usaha dan pendekatan dibuat untuk mengambil hati serta mempengaruhi rakyat dan masyarakat.
“Jadi ini bukan satu perkara yang kita terperanjat. Takkanlah selama ini tak ada perjuangan untuk orang Melayu. Tapi apabila dah sampai dekat agaknya (PRU), ini saja cara yang dia ada. Saya harap masyarakat Melayu tidak terpengaruh dengan cara begini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno di WTC Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas mengenai Gerakan Tanah Air (GTA) ditubuhkan Mahathir yang bertujuan memperjuangkan kaum Melayu untuk mempertahankan Malaysia.
Mahathir selaku pengerusi gerakan itu berkata, gabungan terdiri daripada parti Melayu, NGO dan orang perseorangan akan bertanding dalam PRU15 sebagai satu gerakan, dan meletakkan calon mereka dalam usaha menumbangkan kerajaan sedia ada.
Gabungan itu terdiri daripada empat parti Melayu – Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), NGO serta orang perseorangan.
Mengulas lanjut, Khaled turut bersikap sinis terhadap barisan kepimpinan GTA sambil mempersoalkan adakah mereka ‘wajah masa depan Malaysia’.
“Kalau nak cakap pasal masa depan mesti ada yang muda, tapi mereka semua ‘season politician’,” katanya.
Ketika ditanya tindakan Mahathir menubuhkan gerakan itu kerana mahu menumbangkan Umno, Khaled dengan tegas berkata “saya ingat sesiapa pun bertanding untuk membangun, memaju dan memastikan Malaysia berjaya dan bukan membunuh parti politik”.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat kemunculan gerakan itu sebagai ancaman kerana baginya mana-mana parti boleh bertanding pada PRU. FMT
Khaled tak terkejut gerakan Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup
You must be logged in to post a comment.