Resepi Ayam Sira Pedas, Makan Sampai Licin

Resepi Ayam Sira Pedas, Makan Sampai Licin

Kadang-kadang tiada idea nak masak apa guna ayam kan? Bosan juga asyik masak ayam kicap, ayam masak merah ataupun ayam goreng. Apa kata jom cuba Ayam Sira Pedas ini pula.

Resepi ini telah dikongsi oleh Puan Fuza Abas di Facebook menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurutnya, anak-anak sangat menggemari menu ini sehingga meminta berulang kali.



Cara Buat Ayam Sira Pedas

Bahan-bahan:

Ayam 1 ekor potong kecil.
Gaul ayam bersama garam dankunyit, serta bedakkan guna tepung jagung kemudian terus goreng sehingga garing.

Bahan untuk sos:



1 labu bawang putih diketuk
7 tangkai daun kari
2 senduk cili blend
Garam & madu/gula secukupnya

Cara-caranya:

Tumis bawang putih dan daun kari guna lebihan minyak goreng ayam tadi.
Masukkan cili kisar.
Bila cili dah masak, masukkan garam dan gula secukupnya.
Tuangkan air sikit.
Bila kuah dah agak pekat, bolehkah terus masukkan ayam goreng. Gaul-gaul dengan cepat sehingga mesra.
Boleh goreng asing daun kari dan tabur atas. Lagi sedap. Siap! Selamat mencuba.
Lauk ni rasa pedas, manis dan makan sekali dengan daun kari tu memang ngam rasanya.

Ok dah siap, sila makan.



Kredit: Fuza Abas

Resepi Ayam Sira Pedas, Makan Sampai Licin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker