Hishmmuddin tegaskan sesiapa yang bersalah tidak akan terlepas dalam isu LCS

 

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi jaminan bahawa pihak yang terlibat dalam salah saku perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion tidak akan terlepas.

“Siapa jua yang bersalah pasti akan dihadapkan ke  muka pengadilan,” katanya yang memberitahu siasatan sedang berjalan dan disyor disegerakan.

Menurut laporan PCA, pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dalam pemerolehan LCS.

Menurut laporan itu, ia antara sebab berlaku lebihan kos RM1.4 bilion dalam kontrak yang dianugerahkan kepada BNS itu.

Menurut PAC, TLDM pada mahukan reka bentuk Sigma dan dipersetujui pada Mei 2011.

Bagaimanapun, keputusan itu diubah kepada reka bentuk Gowind, pengeluar sama kapal selam Scorpaena dari Perancis.

Keputusan itu, menurut PAC, berikutan cadangan BNS kepada menteri pertahanan ketika itu Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai 2011.

Laporan PAC turut memetik kenyataan panglima TLDM Abdul Aziz ketika itu yang berkata “ada sesuatu yang sangat tidak betul”.

PAC juga mendapati terma kontrak projek itu lemah dan tidak memihak kepada kerajaan, sehingga bayaran kemajuan melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus.

Dalam kenyataan sebentar tadi, beberapa jam selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) mengeluarkan laporan berkaitan projek itu, Hishammuddin berkata kementeriannya telah memberikan kerjasama penuh dan telus.

Katanya, Kementerian Pertahanan (Mindef) menghadiri prosiding serta proses siasatan PAC.

Sementara itu, reaksi awalnya, kata Hishammuddin, Mindef dan semua pemegang  taruh akan meneliti laporan tersebut dan mengambil kira kesemua syor meneruskan projek itu.

Berkaitan usasha di peringkat kerajaan, dia berkata pada April lalu, kabinet bersetuju dengan Pelan Pemulihan Projek LCS yang membenarkan tempoh mobilisasi enam bulan bagi membolehkan rundingan dibuat dengan pengilang peralatan asal (OEM) dan vendor.

Seterusnya, menurut pelan itu, memuktamadkan rancangan masa hadapan perolehan  LCS seperti yang dimahukan serta diperlukan TLDM.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus Khas yang  dipengerusikan oleh ketua setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan  (MOF) serta ketua setiausaha Mindef.

Jawatankuasa itu, katanya, ditugaskan memantau secara dekat terutama proses mobilisasi dan  melaporkan perkembangannya kepada kabinet.

“Melangkah ke hadapan, perkara paling penting sekarang ialah untuk memastikan  projek LCS ini dapat diteruskan dengan lancar.

“LCS aset yang amat diperlukan demi keselamatan perairan negara, sejajar dengan Program Transformasi Armada  15 to 5, dan demi kepentingan TLDM,” katanya.

Pagi tadi bekas menteri pertahanan dan timbalannya Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong menuntut Hishammuddin dan kerajaan memberi keterangan telus dan jelas serta menjamin tiada penyelewengan dana yang akan membawa kemudaratan.

“Menteri pertahanan Hishammuddin Hussein mengumumkan pada 20 April 2022 bahawa projek LCS akan diteruskan tetapi tiada sesiapa, termasuk PAC, dimaklumkan butiran dan kaedah mendapat dana, dan juga jadual masa,” kata mereka.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker