5 haiwan dalam kisah Hijrah Rasulullah SAW

5 haiwan dalam kisah Hijrah Rasulullah SAW

BULAN Muharram merupakan permulaan tahun baru Islam. Setiap kali tibanya Muharram, ia juga diraikan dengan sambutan Hijrah bagi mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah.

Dalam perjalanan itu turut diperlihatkan mukjizat Nabi. Antaranya, dengan izin Allah pandangan mata musuh menjadi gelap dan terlalu mengantuk sehingga terlepas pedang di tangan selepas Rasulullah SAW berdoa dan menebarkan debu kepada musuh yang mengepung rumah baginda.

Selain itu, terdapat juga beberapa haiwan yang diceritakan dalam kisah hijrah Rasulullah SAW ini.

LABAH-LABAH

Allah S.W.T memerintahkan labah-labah supaya membuat sarang di pintu masuk Gua Thur, lokasi di mana Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar bersembunyi. Tujuannya untuk mengelirukan musuh. Ini kerana secara logiknya, tiada sesiapa yang masuk ke dalam gua jika sarang labah-labah di pintu gua itu tidak rosak.

MERPATI

Allah memerintahkan dua ekor merpati mengeramkan telurnya di depan pintu gua untuk mengelirukan musuh. Kehadiran merpati yang bertelur membuat musuh percaya tiada siapa yang masuk ke situ.

UNTA

Musuh telah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya menemui Rasulullah S.A.W. Seorang lelaki bernama Suraqah dengan kudanya berjaya menjejaki Rasulullah, namun kaki kudanya terbenam di dalam pasir dan gagal melepaskan diri. Hanya setelah Suraqah berjanji untuk melepaskan Baginda, barulah kaki kudanya terlepas daripada benaman pasir itu.

KUDA

Seorang lelaki bernama Suraqah menaiki kuda berjaya menjejaki Rasulullah S.A.W. Namun, Allah membenamkan kaki kudanya di dalam pasir. Hanya selepas Suraqah berjanji melepaskan Rasulullah S.A.W, barulah kaki kudanya terlepas daripada benaman pasir.

KAMBING

Seorang wanita bernama Ummu Ma’bad mempunyai kambing yang sudah uzur dan sakit. Wanita ini seorang yang baik hati dan sering memberi makan kepada para pedagang yang melalui khemahnya. Ketika Rasulullah S.A.W tiba di tempat wanita ini, mukjizat Baginda telah membuatkan kambing Ummu Ma’bad yang uzur tiba-tiba mampu mengeluarkan susu kambing yang banyak.

5 haiwan dalam kisah Hijrah Rasulullah SAW


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker