Perlantikan Timbalan Perdana Menteri tiada langsung keperluan
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan melakukan sebarang lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana tiada keperluan buat masa ini.
Menurut satu sumber, pada masa ini jawatan menteri-menteri kanan yang diwujudkan sudah memadai dan memenuhi keperluan pentadbiran negara.
“Ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa ini maka Perdana Menteri mahu memberi sepenuh tumpuan kepada usaha-usaha memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat.
“Jadi secara dasarnya memang lantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diperlukan buat masa ini dan sudah mencukupi dengan peranan menteri kanan yang amat penting dan lebih berkesan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus wujud perjanjian antara Ismail Sabri dengan Perikatan Nasional (PN) bagi melantik seorang Timbalan Perdana Menteri pada 1 Ogos.
Bagaimanapun, sumber terbabit menafikan wujud perjanjian sedemikian dan menegaskan tiada sebarang lantikan akan dibuat.
“Saya mengesahkan bahawa tiada sebarang tarikh langsung mengenai pelantikan jawatan ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, satu sumber lagi memberitahu Sinar Harian, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu dengan Ismail Sabri dalam tempoh terdekat.
Pada 9 Julai lalu, bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengesahkan wujud perjanjian antara Muhyiddin dan Ismail Sabri mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Marzuki mendakwa, perjanjian itu disaksikan dua individu penting daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau mengesahkan perjanjian itu wujud dan terlibat secara langsung dalam penyediaan perjanjian tersebut.
Ia ditandatangani oleh Muhyiddin dan Ismail Sabri pada 17 Ogos 2021 dan disaksikan oleh seorang menteri daripada Bersatu dan seorang menteri UMNO.
Muhyiddin sebelum ini juga dilapor telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan TPM.
Namun, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan kemudiannya menafikan wujud perjanjian dengan Ismail Sabri untuk melantik TPM sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.