Nahas pesawat di Ipoh : Allahyarham Fajim Juffa juruterbang kental tidak pernah berhenti ‘terbang’
IPOH: Jurulatih penerbangan yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Dr. Nazrin Shah di sini semalam, tidak pernah menyatakan hasrat untuk berhenti berkhidmat meskipun pernah terlibat dalam insiden sama pada 2004.
Dalam kejadian itu, pesawat MiG-29 yang diterbangkan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, terhempas di Ladang Ketengah Perwira, Kemaman, Terengganu.
Fajim Juffa bagaimanapun ditemukan terselamat di kawasan Hutan Bukit Sagu selepas 31 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Menurut ibu saudara Fajim Juffa, anak saudaranya itu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penerbangan dan tidak pernah berasa takut untuk terus ‘terbang’.
Malah katanya, semangat lelaki itu juga tidak pernah luntur meskipun bapanya juga pernah terkorban dalam kejadian helikopter Nuri terhempas di Sungai Lundu, Sarawak pada 1989.
“Dia tidak pernah cakap (takut) sebab dia memang minat, dia sangat suka terbang. Dia juga pernah sertai pemilihan untuk menjadi angkasawan.
“Cuma biasalah, sebagai orang tua kita bimbang dan risau keselamatannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini awal pagi tadi.
Menurut wanita berusia 56 tahun itu, kali terakhir dia berjumpa anak saudaranya itu pada Aidilfitri lalu ketika lelaki terbabit datang menziarahi kediamannya di Klebang.
Katanya, hubungannya dengan Fajim Juffa juga amat rapat kerana anak saudaranya itu berperwatakan ceria dan gemar melawak.
“Dia ada hubungi saya untuk datang melawat pada hari raya Aidiladha lalu tapi tidak kesampaian kerana saya ada urusan. Saya tidak sangka itu mungkin perjumpaan terakhir kami,” katanya.
Dalam kejadian sekitar pukul 8 malam itu, Fajim Juffa maut manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.
Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, pesawat PIPER 28 yang terhempas itu berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]