Bapa bunuh diri lepas campak 3 anak dari atas lebuh raya

Dua kanak-kanak meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah apabila mereka dicampak oleh seorang lelaki, dipercayai bapa mereka, dari atas Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong awal pagi tadi.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 38 tahun itu kemudian juga turut terjun dari lebuh raya itu.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang saksi pada pukul 5.50 pagi tadi.



“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiga kanak-kanak dipercayai berbangsa Myanmar terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun dan dua kanak-kanak lelaki berumur tidak pasti.

“Mereka telah dicampak dari atas Lebuhraya MRR2 ke bawah oleh seorang lelaki dewasa (38 tahun) juga dipercayai berbangsa Myanmar, yang dipercayai bapa mereka.

“Saksi telah menghampiri lelaki tersebut namun secara tiba-tiba lelaki tersebut terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari atas lebuh raya ke bawah.

“Kemudian lelaki tersebut juga terus terjun dari lebuh raya,” katanya.



Beh berkata, lelaki dewasa dan dua kanak-kanak mati di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang cedera parah selepas jatuh ke semak di tepi jalan.

Lelaki dan kanak-kanak perempuan itu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kata Beh lagi.

Doktor menjangka kanak-kanak yang cedera parah itu berusia kira-kira lima tahun.

Beh berkata dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.



Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

Beh menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan insiden itu untuk menghubungi pegawai penyiasat ASP Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau hubungi IPD Sentul di 03-40482222.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih



Hotline: 15999

The Befrienders

Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia



Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia

Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.



Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker