Pihak tuduh Ismail sabotaj parti eloklah bertaubat – Kamarul

Pihak tuduh Ismail sabotaj parti eloklah bertaubat – Kamarul

Pegawai khas kepada perdana menteri Kamarul Zaman Yusoff menyelar pihak yang “memfitnah” Ismail Sabri Yaakob mensabotaj parti dan menggesa mereka agar “bertaubat”.

Beliau berkata, pindaan perlembagaan Umno yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Jumaat lepas membuktikan Ismail ialah “orang parti” yang membelakangkan kepentingannya sendiri.



“Secara logiknya, jika Ismail mahu menguatkan kedudukan di dalam Umno, beliau akan berusaha memastikan pindaan ini ditolak oleh JPPM atau diterima JPPM tetapi hanya dikuatkuasakan selepas pemilihan Umno seterusnya.

“Sebaliknya, jika pindaan ini diterima oleh JPPM, maka status quo barisan kepimpinan Umno sekarang akan kekal di mana para penyokong Ismail, malah mungkin beliau sendiri, boleh diketepikan sebagai calon Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Eloklah juga jika mereka yang menuduh Ismail mahu mensabotaj parti dapat bertaubat dan memohon ampun dengan Allah kerana memfitnah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut berdepan tuduhan yang sama, bahawa beliau akan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan JPPM menolak pindaan ini.



“Rasional yang digunakan adalah memaksa Umno mengadakan pemilihan sebelum PRU15 berlangsung pastinya akan memberikan kelebihan kepada Bersatu, yang dianggap sebagai saingan utama Umno, (pada) PRU15.”

Kamarul turut menzahirkan penghargaannya terhadap Hamzah atas sikap profesionalnya menangani isu ini, serta Ketua Pengarah JPPM Mohd Nawardi Saad “yang tidak melatah dalam melaksanakan tugas”.

Jumaat lepas, Ahmad dilaporkan berkata, JPPM meluluskan pindaan perlembagaan Umno agar pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU.

Ahli Parlimen Pontian itu juga berkata, tarikh pemilihan bagi 22,000 cawangan, yang sebelum ini ditetapkan pada September, akan ditetapkan semula pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi 4 Ogos.



Dalam pada itu, Kamarul berkata, tindakan JPPM membenarkan pemilihan ditangguhkan kepada enam bulan selepas PRU sebenarnya sama dengan pindaan kepada Perlembagaan MCA yang diluluskan oleh JPPM sebelum ini.

“Inilah juga sebenarnya pindaan yang dibuat ke atas Perlembagaan MCA yang diluluskan oleh JPPM sebelum ini, iaitu kebenaran menangguhkan pemilihan enam bulan selepas PRU berlangsung, tanpa adanya pilihan ke atas penangguhan pemilihan selama 18 bulan.

“Memasukkan syarat bahawa satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan Rakyat) juga adalah langkah bijak JPPM bagi memastikan kelonggaran ini tidak disalahgunakan untuk mengurangkan amalan demokrasi dalam Umno,” katanya. FMT

Pihak tuduh Ismail sabotaj parti eloklah bertaubat – Kamarul




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker