Penunggang maut, bayi cedera akibat langgar lampu merah

Penunggang maut, bayi cedera akibat langgar lampu merah

ALOR GAJAH – Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Gangsa, Durian Tunggal di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa Mohd Hafis Abu Bakar, 33, maut di tempat kejadian selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama isteri dan anaknya, bayi lelaki berusia 9 bulan sedang dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Krubong.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R dari arah Krubong menghala ke Batu Berendam bagaimanapun telah membelok ke kanan semasa lampu isyarat berwarna merah.

“Kereta berkenaan yang meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat hijau kemudian menyebabkan berlaku rempuhan mengakibatkan penunggang motosikal maut ditempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Arshad berkata, pemandu lelaki serta isteri masing-masing berusia 34 tahun dan anaknya iaitu bayi lelaki berusia 9 bulan turut mengalami kecederaan dan dirawat di Zon Hijau Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. MG

Penunggang maut, bayi cedera akibat langgar lampu merah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker