Merakam polis lakukan serbuan, tangkapan melalui telefon bimbit satu kesalahan – KDN

Merakam polis lakukan serbuan, tangkapan melalui telefon bimbit satu kesalahan – KDN

Tindakan netizen merakamkan video atau membuat siaran secara langsung (live) menggunakan telefon bimbit ketika pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam merupakan satu kesalahan, tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perbuatan sedemikian, kata KDN, dianggap menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta boleh mengganggu siasatan.

“Ia juga bertentangan dengan peruntukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain,” kata KDN lagi.

Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (PH – Kepong) yang mahu mengetahui sama ada tindakan orang awam merakam polis menggunakan telefon bimbit semasa polis bertugas di tempat awam adalah satu kesalahan.

Namun begitu, KDN menjelaskan, tindakan netizen merakamkan gambar atau video anggota polis yang sedang bertugas di tempat awam bukanlah satu kesalahan jenayah.

Dalam soalan bertulis di Dewan Rakyat, Lip Eng turut meminta penjelasan daripada KDN mengenai bilangan polis yang dilengkapi peralatan kamera badan (bodycam) dan kos setiap (bodycam) itu selain adakah polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit orang awam di sekatan jalan raya atau di tepi jalan.

Mengulas mengenai bodycam dan kos, KDN berkata, bajet perolehan kamera badan (body worn camera – BWC) bagi kegunaan anggota PDRM telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Perolehan ini masih dalam peringkat penelitian oleh Bahagian Perolehan, KDN dan beberapa isu perlu diselesaikan dan sedang diselesaikan oleh Bahagian Perolehan, KDN bersama dengan PDRM,” menurut jawapan itu lagi.

Mengenai tindakan pemeriksaan telefon bimbit, KDN berkata, polis boleh meminta atau merampas dan mempunyai hak menyemak telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rawak.

Kata kementerian itu lagi, pemeriksaan telefon bimbit hanya dibenarkan jika individu disyaki melakukan kesalahan di bawah beberapa peruntukan undang-undang.

Menurut KDN, akta yang disenaraikan ialah Kanun Keseksaan; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; Akta Hasutan 1948; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 atau Akta Pencegahan Keganasan 2015. Aw

Merakam polis lakukan serbuan, tangkapan melalui telefon bimbit satu kesalahan – KDN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker