Kes SRC Najib Patut Ditangguh Sehingga “Panas” Laporan Media Reda

Media Bertindak Sebagai Hakim, Juri Dan Penghukum Dalam kes SRC Najib Dan Beberapa Kes Lain, Belum Pernah Terjadi Dalam Sejarah!

Terdapat banyak isu perundangan yang mungkin menjejaskan Rayuan kes SRC RM42 juta bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Mahkamah Persekutuan.

Dalam perundangan misalnya, asas Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan tidak boleh memaksa pasukan Peguam baharu Najib mesti meneruskan Rayuan pada 15 Ogos. Itu sama seperti hanya mengikut jalan cerita yang dirancang sebelum itu.

Berdasarkan kata-kata Pasukan Pembela sendiri di mahkamah, mereka tidak bersedia. Mereka yakin mereka bersedia selepas meneliti semua dokumen kes memandangkan mereka baru dilantik anak guam mereka Najib.

Para Peguam, sebagai watak penting dalam mahkamah, tidak boleh mengelirukan dengan mengatakan sesuatu perkara padahal ia berlaku (kononnya).

Mahkamah Persekutuan tidak ada sebab dan tidak sepatutnya menolak Permohonan oleh Pasukan Pembelaan. Mereka mahu tarikh baharu ditetapkan semasa sebutan kes supaya hala tuju pengurusan kes mereka ke arah yang betul.
(https://www.theedgemarkets.com/article/federal-court-rejects-najibs-new-lawyers-bid-delay-src-appeal-hearing-proceed-aug-15)

Mahkamah sebenarnya tidak ada alasan untuk menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes sehingga pasukan pembelaan betul-betul sudah bersedia. Prosiding penghakiman tidak sepatutnya dibuat dengan terburu-buru.

Mahkamah sebenarnya tahu bahawa satu-satu pasukan peguam perlu ambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk bersedia. Tempoh masa itu adalah munasabah memandangkan kes itu telah berlangsung sejak 2018/2019 apabila Pendakwaan nampak tergesa-gesa untuk meneruskan pendakwaan kes berkenaan walaupun PRU14 baru sahaja berlangsung pada 9 Mei 2018.

Mesti ada masa yang cukup untuk Pasukan Pembelaan memikirkan kes itu, dan penyelesaian yang sempurna (connect the dots for perfection) secara bertulis untuk kesempurnaan dalam perundangan. Di sinilah QC Jonathan Laidlaw boleh membantu buat perubahan besar agar menjadi lebih baik.

Racun Sebenar, Bukan Hanya Dalam Perbicaraan SRC

Kedua, kesan kerosakan racun sebenar adalah dalam media terhadap Najib amat besar dan sukar dipercayai. Media, yang diibaratkan seperti haiwan berakal, amat mudah dimanipulasi.
Jelas sekali media sedang dimanipulasi kes-kes Najib di mahkamah. Lihat di sini . . .( https://www.malaysiakini.com/news/630034)
Malah, ada bukti dalam kes SRC dan kes Najib yang lain yang sepatutnya Mahkamah Persekutuan prosiding sekaligus meredakan “panas” dalam kalangan liputan media.

Mahkamah Persekutuan harus mempertimbangkan bahawa media telah bertindak sebagai hakim, juri dan “hangman” dalam beberapa kes Najib, semuanya jenayah, sedangkan beliau tidak pernah dituduh mencuri wang rakyat.

Ketiga, memandangkan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan dalam kes SRC, juri mungkin masih tidak mengetahui sama ada seseorang atau beberapa orang yang mempunyai wang sedang memanipulasi badan kehakiman dan juga beberapa kes politik yang sensitif. Kita tidak perlu mengulas perkara tersebut.

Malu Apa Bossku

Terdapat aspek lain yang melibatkan kes Najib. Malah ada kenyataan yang agak radikal apabila pemimpin veteran Pembangkang Lim Kit Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan “malu apa bossku” Najib. Lihat di (https://www.newmalaysiaherald.com/2022/07/28/kit-siangs-dramatic-endorsement-of-najib-brings-focus-on-political-donations/)

dan di (https://www.malaysiakini.com/columns/628628)

Tindakan dramatik Kit Siang mahu bekerjasama dengan Najib akan memudahkan akan memudahkan kedua-dua pihak yang berbeza ideologi politik pada PRU15. Mahkamah Persekutuan boleh melihat semula dan menyambung perbicaraan kes Najib, jika perlu, selepas pemilihan parti Umno.

Mungkin ada perkembangan lain juga yang boleh memberi kesan kepada kes Najib.

Lim Kit Siang telah menggesa perbahasan parlimen mengenai fenomena 1MDB. Ini boleh dilakukan sekiranya Perbahasan tidak menyentuh kes-kes di mahkamah, yang masih dalam prosiding atau yang sudah ditutup. Speaker Azhar Harun tidak boleh mengatakan Perbahasan itu nanti adalah subjudis dan menghina mahkamah.

Malah, media sebenarnya yang melakukan subjudis dan menghina mahkamah tetapi tiada tindakan diambil terhadap mereka.
Perbicaraan di Media adalah isu yang serius. Ia tidak sepatutnya dibenarkan di bawah sistem keadilan yang digunakan dalam kalangan negara-negara Komanwel. Terdapat kes dimana Peguam Negara memetik media yang salah kerana memudahkan subjudis dan menghina mahkamah seperti menjatuhkan hukum.

Media gagal menyedari bahawa mahkamah undang-undang bukan mengenai kebenaran, tetapi hanya mengenai perundangan. Mahkamah juga bukan mengenai etika, nilai moral, teologi, dosa, Tuhan dan keadilan. Nilai-nilai ketamadunan yang dipromosikan oleh China purba, Hindu dan Buddha tidak termasuk dalam gambaran. Nilai ketamadunan bukan undang-undang.

Musa Aman

Tidak lama dahulu malaysiakini, misalnya, didenda RM500,000 kerana menjadi pihak yang menyalahi undang-undang iaitu menghina mahkamah selepas bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 pertuduhan atas dakwaan memperoleh faedah peribadi daripada sogokan dan rasuah. Musa dibebaskan apabila dia mengatakan ia adalah “derma politik”, “kata-kata ajaib”, di mahkamah.

Dia mengaku telah mengumpul RM380 juta derma politik. Tidak seperti Najib, Musa tidak pernah menjelaskan bagaimana derma politik itu digunakan. Tiada “due diligence”dan perakaunan forensik serta “money trail”.

Malaysia bukan Amerika di mana bukan sahaja Perbicaraan oleh Media, rundingan pengakuan berlaku dan saksi menukar keterangan. Semua amalan ini bertentangan dengan sistem perundangan. Ia sama dengan bertindak tanpa hukuman. Mereka telah menjalar ke dalam sistem perundangan Malaysia.

Perbahasan parlimen seharusnya tidak mengecualikan juga isu berkaitan derma politik, Perbicaraan oleh Media dan tawar-menawar dalam membuat pengakuan dalam mahkamah.

Ini mungkin akan membuka ruang untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat tiga fenomena iaitu derma politik yang dikatakan ada kaitan dengan Kementerian Kewangan dan 1MDB. RCI juga boleh menyiasat isu perbicaraan oleh Media.

Lihat di (https://www.theedgemarkets.com/article/parliament-should-hold-public-hearings-determine-how-1mdb-scandal-was-kept-hidden-says-kit). . .

RCI akan melihat keseluruhan senario mengenai derma politik yang sudah mula wujud sejak merdeka lagi.

Pada masa ini, keterangan di mahkamah mengenai fenomena itu bermula di tengah-tengah susur masa isu berkenaan berlalu. Tumpuan pula hanya diberikan pada bahagian cerita yang sesuai dengan apa yang mahu dipercayai sahaja.

Hidup ini bukan hitam dan putih. Ia datang dalam pelbagai warna. Terdapat pengecualian, kelayakan, kaveat, jika dan tetapi. – New Malaysia Herald

Sumber

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker