Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
Seorang Ahli Parlimen PKR mendakwa terdapat usaha daripada ‘Langkawi’ untuk mengharamkan UMNO semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha yang dilakukan oleh ‘Langkawi’ itu untuk memaksa Ahli Parlimen UMNO supaya beramai-ramai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Menurut beliau, langkah yang dilakukan Langkawi tersebut sebagai usaha mengagalkan ‘peralihan’ kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kini Setiawangsa, dulu Seri Setia. Saya setia pada Keadilan dan tak pernah minat UMNO. “Tapi kita jangan lupa, era PH ada usaha Langkawi haramkan UMNO untuk paksa ramai-ramai Ahli Parlimen UMNO lompat ke PPBM dan gagalkan peralihan ke Anwar Ibrahim.
Politik bukan zero sum game,” kata Nik Nazmi di Facebooknya. Ahli Parlimen Setiawangsa itu bagaimanapun tidak menyebut nama individu yang dikaitkan dengan ‘Langkawi’ serta tidak secara terang menyebut peralihan yang akan dilakukan kepada Anwar.
Bagaimanapun beliau dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika era pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Sewaktu PH berjaya memegang tampuk pemerintahan seramai 16 Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu yang dipimpin Dr. Mahathir selepas Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahathir pula didakwa berjanji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar ‘apabila tiba masanya’. Beberapa media melaporkan Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar meskipun berlaku dakwaan salah laku seks terbaru membabitkan Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Mahathir dilaporkan akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjur Malaysia pada November 2020.
“Saya berjanji untuk menyerahkannya dan saya akan berbuat demikian, saya fikir perubahan segera sebelum sidang APEC akan mengganggu (keadaan),” kata Mahathir seperti dilaporkan Reuters.
“Setakat yang saya tahu, saya akan letak jawatan dan saya serahkan baton kepadanya. “Jika orang tidak mahu dia, itu urusan mereka, tetapi saya akan lakukan sebahagian daripada janji, tanpa mengira sebarang tuduhan terhadapnya.
Saya sudah berjanji, saya tunaikan janji saya,” kata Dr. Mahathir. Bagaimanapun penyerahan kuasa kepada Anwar tidak berlaku apabila Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari 2020. MG
Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
Baca Artikel Menarik:
- ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah
- Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat
- Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun
- Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?
- Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis
- Bukan tak ada kerja, rakyat Kelantan suka berhijrah – Amar
- Lalu jalan baru diturap, motosikal ‘mangkuk ayun’ tersekat [VIDEO]
- Kertas siasatan pendakwah bebas rogol remaja dirujuk TPR
- Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob
- Kepala lelaki terselamat dengan topi keledar berkualiti walaupun kepalanya digilis tayar bas [VIDEO]
- Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin
- Empat maut ambulans ‘melekat’ di plaza tol
- Permohonan gantung bayar RM3.1 juta kes potong zakar ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)
Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen
You must be logged in to post a comment.