Kampung Iboi sekali lagi dilanda kepala air



Kampung Iboi sekali lagi dilanda kepala air

Kejadian kepala air sekali lagi berlaku di Kampung Iboi, Baling, Kedah, susulan hujan lebat hampir sejam, hari ini.

Kejadian pada 3.45 petang itu menyebabkan air sungai laju melimpah dari Gunung Inas mengalir deras di jambatan Bailey.

Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat, berkata hujan lebat hampir satu jam mengakibatkan air mengalir dengan laju.

Namun, katanya, kejadian kali ini tidak seburuk tragedi kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai yang membawa bongkah kayu serta ranting pokok.




Dalam kejadian petang tadi, tiga mangsa daripada satu keluarga yang tinggal berhampiran sungai diarahkan keluar dari rumah demi keselamatan mereka.

“Air banyak sebab hujan tetapi ia tidak menjejaskan penduduk serta tidak menjejaskan jambatan itu, setakat 6 petang tadi,” katanya menurut Berita Harian.

Shamsudin berkata, berikutan keadaan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan di kawasan terbabit untuk memantau keadaan air dan penduduk.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang awam tidak berada dekat dengan tebing sungai di kawasan itu bagi memastikan keselamatan mereka.

“Orang ramai dinasihatkan tidak berhenti dan mengambil gambar di tebing sungai untuk melihat air melimpah bagaikan pesta. Ini kerana tebing itu tidak kukuh lagi sebab tebing itu tebing berpasir. Kita bimbang tebing sungai runtuh dan membahayakan mereka,” katanya.




Kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan ratusan rumah rosak.
FMT

Kampung Iboi sekali lagi dilanda kepala air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Leave a Reply

Your email address will not be published.