7 kanak-kanak tadika cedera, bas terbabas dalam parit

7 kanak-kanak tadika cedera, bas terbabas dalam parit

Kuala Selangor: Tujuh murid tadika cedera selepas bas dinaiki terbabas dalam parit di Jalan Kelab Golf, Bukit Rotan, di sini, hari ini.

Kejadian pada jam 10.15 pagi itu membabitkan 44 penumpang termasuk murid berusia lima dan enam tahun serta guru tadika terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari Putrajaya menghala ke sebuah zoo di Kampung Teluk Penyamun.

“Tiba di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas itu.

“Ia menyebabkan pemandu bas terbabit membrek untuk mengelak lalu terbabas dan masuk ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, akibat kemalangan itu tujuh penumpang cedera di muka akibat tersembam ke kerusi hadapan.

“Mereka kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. HM

7 kanak-kanak tadika cedera, bas terbabas dalam parit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker