Lelaki ditahan rogol anak tiri

Lelaki ditahan rogol anak tiri

Seorang penganggur ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya berusia 10 tahun sejak setahun lalu.

Penahanan suspek berusia 40 tahun, pada 1.50 petang Isnin lalu, di sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu susulan laporan polis dibuat oleh salah seorang guru mangsa.



Ketua Polis Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din berkata, polis menerima laporan daripada guru mangsa pada jam 10.30 pagi hari sama suspek ditahan.

“Siasatan polis mendapati, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan.

“Perbuatan terkutuk dipercayai dilakukan suspek sejak setahun lalu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Susulan itu, Abdul Rahim berkata, suspek direman tujuh hari bermula 25 Julai lalu sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan.



“Mangsa juga dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. FMT

Lelaki ditahan rogol anak tiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker