Durand bersara selepas lawan meninggal dunia

Durand bersara selepas lawan meninggal dunia

PARIS: Petinju Muay Thai dari Perancis, Anthony Durand mengambil keputusan mengejutkan apabila bersara daripada sukan itu selepas lawan terakhirnya meninggal dunia akibat pertarungan di antara mereka.

Dalam pertarungan Muay Thai Fighter X di Thailand pada 15 Julai lalu, petinju Thailand, Phanphet Phadungchai, 25, meninggal dunia akibat tumbukan ke rahang oleh Durand.

Phadungchai terus dikejarkan ke hospital di Bangkok dan meninggal dunia sembilan hari kemudian.

Durand mengumumkan persaraannya dan mengakui dia berasa bertanggungjawab di atas kematian Phadungchai.

“Saya sedar saya tidak bersalah di atas apa yang berlaku, tetapi saya tidak boleh memikirkan bahawa “Itulah risikonya, pada satu ketika anda perlu menjangkakannya’.

“Ia satu kejutan, mungkin dia (Phadungchai) sudah menerima banyak tumbukan sebelum perlawanan itu.

“Saya berdepan dengannya selama lima pusingan dan ia antara beberapa tumbukan terakhir saya. Jadi sudah tentu saya rasa bertanggungjawab dan ia kekal dalam fikiran saya.

“Walaupun anda menghantar kata-kata semangat kepada saya, saya masih bersedih. Ia sudah takdir dan saya tidak dapat melawannya.

“Saya harap dia bersemadi dengan tenang dan saya berjanji kepada ibu dan isterinya, serta anak perempuannya yang saya akan menanggung beban kewangan mereka sehingga mereka tidak memerlukannya lagi.

“Ia adalah pertarungan ke-28 saya dan yang terakhir. Saya tidak akan kembali. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak hari pertama,” kata Durand. BH

Durand bersara selepas lawan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker